Bagaimanakah kita mendapatkan apa yang kita ingin kan?

Salam readers.

Perkara ini seringkali terjadi dalam hidup FH. FH selalu dapat apa yang FH mahukan. (Walaupun banyak juga yang belum dapat lagi contohnya suami). Tapi Alhamdulillah, yang lain, semua FH dapat. 

Jadi tak ada sebab untuk FH tidak bersyukur dengan kehidupan sekarang dan menghargai setiap peluang yang datang.

Bila bila FH mahukan sesuatu, FH sedar ada tiga tahap keinginan.

1) Tahap 1

FH mahukan sesuatu perkara. Selalu sebut tapi tak berdoa dan solat hajat. Hanya di bibir sahaja mahukan ia.

Selalunya kalau Tahap 1 ni, tak dimakbulkan Allah pun.

2) Tahap 2

FH mahukan dan sangat inginkan perkara itu. Bila teringat, FH akan berdoa minta dekat Allah. I don't make it a habit but I whenever I think of it, I will make a prayer for it.

Selalunya kalau Tahap 2 ni, lambat sikit tapi dapat juga.

3) Tahap 3

FH nak sangat sampai bila berdoa tu menangis sungguh-sungguh. Ataupun, menangis bila tak dapat. Serious betul nak benda tu.

 Selalunya kalau Tahap 3 ni, dapat juga bila masa yang sesuai.

Contohnya masa FH gagal ujian memandu sebab tak berjaya ujian Bukit dulu. Menangis sebab geram tak lulus. FH punya lah nak lesen secepat mungkin sebab kawan-kawan semua dah ada lesen. Serious talk..masa tu memang menangis sebab nak sangat. 

Lepas setahun baru lulus dan dapat lesen. Tak lama lepas dapat lesen terus Abah belikan kereta KBN aka KeBuN. Betul lah masa yang sesuai sebab kalau dapat lesen awal lagi mungkin tak ada kereta pun untuk di bawa.

FH sedar juga kalau FH dapat sesuatu yang FH nak tu, sebenarnya keinginan tu datang dari hati yang kudus. Dari sudut hati yang paling dalam. Benda ni juga FH gunapakai semasa analisa perasaan FH terhadap orang.

Adakah bila masa-masa aneh, FH akan teringatkan dia? Contohnya semasa di dalam tandas. LOL.

Itu pelik kan. 

Tapi ia membantu FH untuk mengenalpasti perasaan FH terhadap orang itu. Suka, biasa je, atau no feeling at all.

FH memang pelik. Haha.

Masa tingkatan 5, FH ada senaraikan 5K yang FH nak dalam hidup di dunia.

K= Kampus (Masuk universiti)
K= Kerjaya
K= Kenderaan
K= Kediaman
K= Keluarga

Alhamdulillah 3 dah dapat. Betullah kita memang kena berhajat dan selalu sebut apa yang kita nak. Macam adik FH si Arfah Mawaddah tu, dia selalu sebut dia nak duduk di Damansara. Sekarang suami dia jadi imam di Masjid Bukit Damansara dan mereka tinggal di kuarters. Haha. Allah memang beri apa yang kita nak.

Tapi FH risau sebab dalam Allah beri apa yang kita nak, mesti datang sekali dengan 'pakej'. Ada seorang kawan FH, dia berhajat nak suami yang anak yatim piatu sebab dia nak beraya pertama dengan keluarga sendiri setiap tahun. Allah beri suami yang dah kematian ibu ayah tapi tak dapat juga balik raya hari pertama sebab semua orang akan datang ke rumah suaminya sebab itu rumah keluarga.

Nampak tak sekarang? 

Jadi FH berhati-hati dengan doa FH sekarang. Walaupun FH yakin Allah hanya akan beri apa yang kita mampu. Tapi kebenaran kadang-kadang pahit untuk ditelan dan dijalani.

Readers rasa macam mana? Sekarang ni apa yang patut FH doakan?

Oh ya, bagi yang mahukan rezeki murah, cuba amalkan apa yg FH buat ni. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak urusan FH dimudahkan Allah sejak beberapa tahun ni.

Setiap pagi baca ni;

1) Doa bangun pagi
2) Ayat Seribu Dinar
3) Ayat Kursi
4) Surah Ad -Dhuha
5) Surah Al-Insyirah

Wallahua'lam.


p/s: Wah ini ialah post yang ke 333 rupanya. U know I like number 3. It is my number.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines