Elhana dan Zakuan, Bab 3
Bab 3
Mengah
pula larian hari ini. Ini bukan kali pertama dia pusing Bukit Ekspo dan
menggunakan laluan belakang dari kolejnya. Tapi entah mengapa badannya penat
sekali. Mungkin sebab tidak cukup tidur malam semalam.
“Awak
seorang je ke ni?”
Terkejut
Elhana.
“Awak
ni stalker saya ke? Kenapa selalu tiba-tiba ada?” Zakuan tersengih sambil
menghulurkan air 100 plus dan disambutnya dengan senang hati sebab air tu macam
baru keluar peti ais.
“Selama
ni tak. Tapi sejak minggu lepas, ya. Sejak saya tahu awak ada di UPM” Jawapan
itu walaupun tersangat poyo tapi Elhana senang hati mendengarnya.
“Mana
awek purple awak tu?” Nada cemburu menular dalam soalan Elhana.
“Oh..
Dia ada kelas petang ni.”
Keadaan
diam seketika. Sekali lagi Zakuan tidak menafikan bahawa gadis itu adalah teman
wanitanya. Sejak kejadian di kafetaria tempohari sudah beberapa kali Elhana
ternampak kelibat Zakuan berdua-duaan dengan gadis yang gemar memakai baju
berwarna ungu itu di mana-mana sahaja. Tapi apa kedudukannya kini untuk
mempersoalkan perkara itu. Mereka berpisah dahulu atas persetujuan
masing-masing. Elhana bungkam tertunduk ke arah rumput yang mulai kekuningan
akibat cuaca panas kering.
Tawa
Zakuan berderaian. Elhana pelik lalu memandangnya. Apa yang kelakar sangat?
“Dia
bukan girlfriend saya. Saya sengaja nak tahu awak masih sayangkan saya atau
tidak”
Benarkah
apa yang Zakuan kata ni? Elhana rasa macam tak percaya.
“Betul.
Saya memang doa yang awak jodoh saya. Nampaknya Allah dah makbulkan doa saya.
Dia buat kita belajar sama-sama di UPM”
Kata-kata
itu membuahkan harapan kepada Elhana akan keadaan masa hadapan mereka berdua.
Hidup bersama Zakuan merupakan impiannya sejak dahulu. Tapi dia tidak sangka
Zakuan mempunyai niat yang serupa.
“Oh
ya, Ilhami apa khabar?” Masih jelas ingatannya kepada sahabat baik Zakuan itu.
Zakuan
terbatuk seolah-olah terkejut. Tidak sangka Elhana masih mahu bertanya khabar
Ilhami selepas bermacam-macam perkara buruk yang telah dilakukan Ilhami
terhadap diri gadis itu.
“Ilhami
okey. Lepas grad hari tu dia terus mulakan bisnes sendiri jual jersi sukan.
Nanti bila-bila saya bawa awak jumpa dia dekat Uptown Shah Alam”
Dia
mengangguk. Indahnya hari-hari yang bakal berlalu selepas ini nanti dengan
kehadiran Zakuan di sisi. Sekali lagi Zakuan menjadi senior nya. Kali ini di
universiti pula. Dia berasa seperti mempunyai seorang Malaikat Pelindung yang
akan selalu berada disampingnya di kala kesusahan.
Sarah
juga perasan dengan perubahan Elhana yang lebih ceria. Selama ini dia banyak
diam sahaja dan berbicara bila perlu. Sekarang Elhana yang lebih gemar menyapa
rakan sekelas yang lain dan mengucapkan selamat tinggal selepas kelas habis.
Sarah gembira dengan keadaan Elhana sekarang.
“Elhana,
kau buat apa lepas habis kelas?”
Sudah
berapa puluh kali persoalan itu ditanya menerusi mesej dan seperti biasa,
Elhana akan menjawab ringkas.
“Tidur”
Lelaki
itu tidak mahu mengalah. “Jom lah ikut kami pergi main bowling. Zakuan pun ada
sekali”
Elhana
mendengus kasar. Dia tidak faham mengapa lelaki itu beria-ia mengajaknya ikut
sekali ataupun pada waktu lain mahu mengajaknya keluar. Sejak Zakuan bawanya
berjumpa Ilhami dua minggu lepas, sejak itulah Ilhami mula mengganggunya.
“Keluar
saja lah dengan dia. Saya tak marah”
Kata
Zakuan bila Elhana bercerita tentang perkara itu. Dia tidak mahu kerana dia
tidak pernah berasa selesa berada berhampiran dengan lelaki itu. Ilhami seorang
watak pembuli tegar yang tidak berhenti mengusiknya dengan apa sahaja cara.
Tapi hari ini bila Ilhami memberitahu yang Zakuan ada bersama, hatinya kendur
bersetuju.
Bila
sahaja tiba di pusat bowling, dia mencari kelibat Zakuan tapi tidak pula
kelihatan. Kena tipu dengan Ilhami ke ni? Dia sengaja nak kenakan aku dan buat
aku datang sini sorang-sorang?
“Elhana…kau
datang juga akhirnya”
Ilhami
muncul dari arah belakang. Entah kenapa terus hatinya rasa tidak sedap hati.
Macam ada sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Dia cuba beredar dari situ.
“Zakuan
tak ada. Tapi aku kan ada. Sama je kan kitorang? Lelaki juga.” Nada Ilhami
sedikit keras. Mungkin kerana dendam selama ini bila Elhana selalu menolak
pelawaan untuk keluar bersama.
“Maaf
Ilhami, kalau sebenarnya tak ada apa-apa saya nak pergi dulu” dia cuba lagi
untuk pergi tetapi Ilhami menggenggam tangannya. Dia terpaku.
“Ilham!
Kitorang main dekat lane 20!” kedengaran suara rakan-rakan Ilhami memberitahu
dari jauh.
“Baik
kau berpura-pura jadi girlfriend aku kalau tidak nahas kau nanti!” Ugutannya
keras sekali. Elhana ketakutan. Lelaki itu memang makhluk yang diktator. Elhana
tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terpaksa akur. Dia tahu Ilhami mampu
untuk berkelakuan ganas. Dahulu di sekolah dia pernah terlibat dengan
pergaduhan besar-besaran.
Masih
dia ingat pada satu hari dia ternampak Zakuan berlumuran darah. Kepalanya
cedera dihentak sesuatu yang keras.
“Tak
ada apa-apa lah. Saya masih boleh nampak awak dengan jelas” pujuk Zakuan ketika
Elhana menemaninya ke klinik.
Petang
itu, Elhana berbohong kepada Ibu dan mengatakan ada perbincangan dengan kawan.
Elhana menangis melihat Zakuan yang tercedera. “Ni mesti Ilhami yang ajak cari
gaduh dengan orang ni” teka Zakuan.
“Orang
tu pun kurang ajar juga. Dia fitnah Ilhami” Zakuan membela perbuatan Ilhami.
“Orang
macam Ilhami tu memang patut pun kena fitnah. Suka sangat cari pasal dengan
orang” Elhana tidak suka Zakuan berkawan rapat dengan Ilhami. Terutamanya bila
perkara sebegini berlaku. Lambat laun pasti sesuatu yang teruk akan berlaku
bila hidup berisiko seperti Ilhami.
Kejadian
di pusat bowling itu tidak pernah diceritakan kepada Zakuan. Dia khuatir Zakuan
risaukan dia dan mungkin bertelingkah dengan Ilhami. Secara teknikal Ilhami
tidak berbuat apa-apa terhadapnya dan selepas itu Ilhami menghantarnya pulang
ke hostel. Cuma dia kesal dia tidak bertanya kepada Zakuan sebelum dia
bersetuju keluar dengan Ilhami. Ini adalah pengajaran terhadapnya dalam
berhadapan dengan Ilhami. Lelaki yang tidak boleh dipercayai.
“Cepat
kan masa berlalu?”
Ujar
Zakuan pada suatu petang. “Sekejap je saya dah tahun akhir dan awak dah tahun
tiga. Lepas ni saya kerja lepas tu saya masuk meminang awak.” Seperti biasa
mereka berdua sengaja bertembung di Bukit Ekspo. Tidak berjanji tetapi sengaja
mencipta kebetulan.
Elhana
rasa terhibur dengan dengan cita-cita Zakuan yang begitu manis dan sentiasa
memikirkan dirinya dalam perancangan masa depan. Walaupun gerak hati kecilnya
merasakan hidupnya bersama Zakuan mungkin tidak seindah yang mereka impikan.
Dia cuba menidakkan getusan negatif itu tapi ia selalu hadir seperti bisikan
untuk menimbulkan keraguan terhadap kata-kata Zakuan.
“Hana..
Awak tak percaya ke dengan kata-kata saya?” Zakuan dapat meneka fikiran Elhana
selepas sambutan dingin diberikan dari pihak Elhana.
“Bukan
tak percaya. Tapi saya bukan macam awak. Saya lebih realistik dan saya hanya
percaya sesuatu perkara itu bila ia terjadi. Semua yang awak cakap tu sekarang
ni masih lagi mimpi. Belum lagi jadi kenyataan” Elhana melemparkan pandangan ke
arah pokok yang merimbun hijau.
“Macam
mana awak boleh kata mimpi sedangkan kita sekarang ni dalam keadaan sedar?”
Zakuan cuba bergurau.
Zakuan
harus faham sesuatu bahawa setiap kata-kata hanyalah berada di atas garisan
yang terbelah di antara mimpi dan kenyataan. Hanya tindakan dan redha dari
Tuhan yang akan memberi takdir terhadap sesuatu perkara itu. Bukan manusia yang
menentukan perjalanan dan pengakhiran manusia. Manusia hanya boleh berusaha ke
destinasi yang ingin dicapai tetapi semua itu tidak berhak terjadi tanpa redha
Tuhan.
Elhana
cuba buat Zakuan faham apa yang berada dalam kotak fikirannya sekarang ini.
Hidup bukan lah satu jalan yang lurus dan terus. Garisan nya tidak linear
seperti yang kita lihat dalam jalan cerita. Lepas dua jam sahaja terus habis ke
babak akhir.
“Macam
mana pun takdir kita nanti Hana, saya tetap akan berusaha agar akhirnya kita
bersama.” Ikrar Zakuan.
Selepas
beberapa bulan, Ilhami menamatkan pengajiannya di UPM. Elhana kini dalam tahun
akhir telah memulakan latihan di salah sebuah hospital di utara tanah air.
Sekali lagi mereka berjauhan selepas beberapa tahun berada berdekatan. Kuat
hatinya merasakan sesuatu akan berlaku dan dia tidak terperanjat apabila satu
hari mesej dari Zakuan mengundang kebejatan pemikiran.
“Hana,
saya nak kahwin. Tapi saya nak jumpa awak sebelum saya kahwin”
“What?!”
Balas Elhana.
“Esok
flight saya sampai pukul 6 petang. Saya minta awak jemput saya di airport. Saya
akan terangkan segalanya” Begitu sahaja respon Zakuan.
Malam
itu Elhana tidak boleh tidur lena. Dia hampir sahaja menampar mukanya dan
meminta rakan sebilik membaca juga mesej itu bagi memastikan yang dia tidak
berhalusinasi. Benarkah Zakuan hendak kahwin?
“Speak”
Elhana
meminta penjelasan. Zakuan yang pada awalnya memandang tepat ke matanya beralih
arah ke luar restoran. Kelihatan wajahnya kusut dan tidak tenang. Zakuan tidak
kelihatan seperti Zakuan yang biasa. Yang manis, yang melegakan hati Elhana.
“Saya
minta maaf. Sebab saya tidak dapat tunaikan janji saya kepada awak”
Perlahan
lahan diatur butir bicaranya. Air mata Elhana sudah tertakung.
“Apa
yang dah jadi?”
“Ros.
Dia minta saya kahwin dengan dia. Sebab dia dah mengandung.” Ros merujuk kepada
teman sekuliah yang rapat dengan Zakuan semasa belajar dahulu. Zakuan anggap
Ros seperti adiknya sendiri selama ini. Walaupun pada awalnya Elhana cemburu
dengan hubungan rapat mereka, kemudian mereka bertiga berkawan erat. Elhana
kenal siapa teman lelaki Ros. Salah seorang pensyarah mereka juga.
“Habis
awak sanggup, Zakuan?”
“Saya
kasihan dengan Ros. Dr Farid tak nak mengaku itu anak dia. Demi reputasi dia.
Jadi, dia tiada pilihan. Saya tiada pilihan”
Menitis
juga airmata Elhana satu persatu.
“This
is absurd! Awak berkata tentang pilihan, apa pilihan yang saya ada sekarang ni
Zakuan? Saya tak boleh kata tidak. Awak dah tetap dengan keputusan awak”
Zakuan
terkedu. Ada benarnya kata-kata Elhana itu. Dia sudah tetap dengan pendiriannya
untuk membantu Ros. Ros yang telah dianggap sebagai keluarga. Tujuannya datang
bertemu Elhana ini lebih kepada meminta restu daripada Elhana akan keputusan
yang telahpun dia lakukan.
Seolah-olah
dapat membaca fikiran Zakuan. Elhana menyambung lagi. “Saya redha kalau awak
yakin ini perkara yang betul untuk dilakukan, Zakuan. Saya kenal awak macam
mana. Tapi saya nak awak juga redha kalau satu hari nanti saya berkahwin dengan
orang lain”
Kali
ini giliran airmata Zakuan pula yang bertakung. Dia menggapai tangan Elhana dan
menggenggamnya. Elhana melarikan tangannya. Dia cuba menguatkan dirinya dalam
memahami hakikat yang perit ini. Perkara yang dilakukan Zakuan ini cukup
menghiris perasaannya walaupun tindakan itu terpuji.
“Saya
tak sanggup.” Zakuan menggeleng.
“Tapi
awak sanggup jadi Pak Sanggup”
Pertemuan
itu terlalu perit untuk diteruskan. Hati Elhana cukup hancur dengan perbuatan
Zakuan. Walaupun seputih mana dia cuba mewarnakan tindakan Zakuan itu,
perasaannya tetap kembali kepada rasa dikhianati. Segala janji-janji Zakuan
kekal menjadi mimpi dan kini tak mungkin direalisasikannya. Lelaki itu bakal
memulakan hidup baru bersama Ros dan anak kecil yang perlukan kasih sayang
seorang bapa.
Zakuanlah
bapa anak itu kelak. Juga suami Ros. Elhana dapat menerima hakikat yang Zakuan
menjadi seorang bapa tetapi dia tidak dapat menelan kenyataan bahawa Zakuan
perlu bertanggungjawab terhadap Ros. Sepatutnya yang duduk di atas pelamin itu,
Elhana. Bukan Ros.
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...