Trip Sehari ke De-Militiarized Zone (DMZ), Korea

Salam Readers!

Bagaimanakah minggu anda?

Hari ni selepas genap setahun FH ke Seoul, akhirnya baru ada peluang dan pemikiran untuk kongsi cerita mengenai 

LAWATAN SEHARI KE DMZ, SEMPADAN KOREA UTARA DAN SELATAN

Mesti tak ramai tahu apakah Demilitiarized Zone ni kan? Almaklumlah kalau cakap pasal lawatan ke Korea ni mesti ramai target Everland la, Nami Island la. Jadi pada trip kami bertiga tahun lepas, kawan-kawan dan FH buat keputusan untuk cuba sesuatu yang lain daripada yang biasa orang buat. Kami memang bukan peminat taman tema, jerit-jerit takut naik roller coster itu semua. Jadi kami dapat tahu ada satu tempat menarik yang tak ada kat tempat lain di dunia iaitu DMZ. Oleh itu kami ambil pakej lawatan sehari yang dijumpai menerusi carian google.

Apakah itu DMZ?

Berdasarkan sumber Wikipedia, DMZ ini ialah sekeping tanah yang merentasi sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Macam dalam gambar bawah ni, boleh nampak kan kedudukan DMZ ini di mana? Cuba bayangkan Korea Selatan itu ialah Malaysia dan Korea Utara ialah Thailand. Jadi sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand itu diwartakan sebagai kawasan yang bebas tentera merentasi dari negeri Kelantan, Kedah hingga ke Perlis.
http://www.cosmojin.com/upload/tour/G482Q45U39BUUXM7446D.jpg
Sumber dari web: Cosmojin.com      






Kawasan ini agak luas iaitu sepanjang 250 km (macam jarak Kuala Lumpur - Kuantan) dan selebar (atau setebal?) 4 km. Umum tahu bahawa negara Korea dah terpecah dua semenjak berlakunya Perang Korea pada tahun 1950-1953. Selepas tamat perang, kedua-dua kerajaan ambil keputusan untuk mewartakan kawasan DMZ ni sebagai kawasan aman tanpa sebarang gangguan. Tapi sebenarnya dalam pada itu ada banyak juga periuk api di tanam oleh kedua-dua pihak. Kasihan binatang yang banyak mati akibat terpijak periuk api.

Peluang sekali seumur hidup ni kami tak lepaskan. Pakej nya tak mahal, hanya KRW 40,000  termasuk pengangkutan dari bilik guesthouse kami ke tempat berkumpul kecuali makan dan minum.

Mula-mula agak risau juga la sebab tempat yang agak ketat kawalannya tapi akhirnya kami puas hati dan rasa berbaloi kerana dapat belajar banyak sangat pasal negara ni.

Lawatan kami bermula seawal jam 8 pagi bila van datang ke guest house dan jemput kami ke tempat menaiki bas. Perjalanan dari Seoul ke DMZ mengambil masa selama hampir 1 jam menaiki bas. Jadi dinasihatkan bawa bekalan makanan sedikit sebab agak lapar.

Checkpoint Pertama: Imjingak Park, Paju, Korea Selatan

Imjingak Park ini tempat terletaknya Freedom Bridge dan beberapa monumen dalam memperingati sejarah perang. Kat sini lah FH dapat minum secawan kopi panas bagi melegakan tekak dan perut.

Tempat bergambar.
Riben yang mengandungi doa buat saudara mara dan keluarga yang terpisah

Checkpoint Kedua: Freedom Bridge 

Dia dalam kawasan Imjingak Park juga. Freedom Bridge ada dua nama sebenarnya. Bila ia menjadi titik pertemuan bagi keluarga yang dikembalikan oleh kerajaan Korea Utara, nama dia ialah Freedom Bridge. Tapi bila ia jadi titik perpisahan kepada orang yang dihantar semula ke Korea Utara,nama dia ialah Bridge of No Return. Sedih, kan? Tourist guide kami cerita nama dia begitu sebab bila dah kembali ke Korea Utara, takkan dengar khabar berita dan mustahil dapat jumpa balik.
Pintu Freedom Bridge
Sebelah 'sana' Freedom Bridge
Sebelah 'sana' Freedom Bridge
Sebahagian tembok peringatan

Checkpoint Ketiga: Third Infiltration Tunnel

Berdasarkan video yang ditayangkan, terdapat 4 terowong telah di bina oleh Korea Utara dalam langkah untuk menyerang Korea Selatan selepas kawasan DMZ ini diwujudkan. Walaupun perjanjian keamanan telah dimeterai, bila tentera Korea Selatan dapat kesan kewujudan terowong rahsia ni, langkah keselamatan telah diperketatkan dan terowong yang dijumpai telah dimusnahkan. Dalam pakej lawatan kami ni, kami dibenarkan masuk kedalam Terowong Ketiga yang dikesan pada tahun 1978. Tapi malangnya dalam terowong tak boleh tangkap gambar. 

Ada beberapa bukti kukuh yang membuatkan tentera Korea Selatan yakin terowong ini dibina oleh Korea Utara. Pertama sekali, terowong tu senget sikit. Jadi bila air mengalir, dia akan mengalir ke arah Korea Utara. Kedua, ada kesan-kesan bahan letupan dan jelas menunjukkan arah pembinaan terowong ini ialah ke arah Selatan. Tapi kerajaan Korea Utara menafikan sekeras-kerasnya. Bila tentera Korea Selatan jumpa je terowong ni, mereka musnahkan dengan bom. Bila keadaan dah selamat dimasuki, barulah dia buka sebagai tumpuan pelancong. Jadi dapat lah kami masuk ke dalam.

Masa masuk dalam tu, keadaan agak panas. Sebab dia masuk ke dalam bumi. Agak jauh ke bawah jadi yang pakai wheelchair tak boleh masuk dan juga yang tak fit sebab sedikit curam walaupun telah bersimen lantainya. Terowong tu panjangnya 1.635 km jadi agak jauh menapak sehingga ke hujung. Lepas tu ia cuma setinggi 2 meter dan selebar 2 meter sahaja jadi tak boleh masuk ramai-ramai.

Bila sampai satu spot tu, tiba-tiba ada mata air. FH apa lagi tak lepaskan peluang untuk minum seteguk. FH percaya, ia boleh buat FH awet muda. Haha. Kalau nak tengok gambar dalam tunnel tu ada banyak di google.
 
    
Pintu masuk terowong.

Checkpoint KeEmpat: Dorasan Observatory

San ialah Gunung dalam bahasa Korea jadi di puncak Dora ini lah spot terdekat kami dapat lihat Korea Utara. Ada teropong disediakan bagi yang nak tengok tanah Korea Utara.

Nampak tak harapan mereka? End of Separation, Beginning of Unification
Cuaca agak berkabus hari itu. Di hujung gambar ialah Korea Utara.
Checkpoint KeLima: Dorasan Station

Stesen keretapi ini ialah stesen terakhir daripada arah Selatan tapi orang Korea lebih suka memanggilnya Stesen yang Pertama menuju ke Utara. Sebenarnya dalam rancangan awal, Korea Utara dan Korea Selatan boleh berhubung menerusi laluan keretapi Gyongeui Line ni. 

Selepas Dorasan Station ini, penumpang boleh terus ke Pyongyang, Korea Utara dan seterusnya menuju ke Rusia dan Eropah. Landasan ni memang dah lama cuba di bina dan semasa keadaan agak 'mesra' antara Korea Utara dan Korea Selatan, masing-masing bersetuju untuk membuka pintu sempadan dan mengizinkan penumpang menaiki keretapi. Ada juga la masalah ekonomi tapi dengan sumbangan pelbagai pihak terutamanya yang masih ada saudara mara di Korea Utara, akhirnya landasan elektrik berjaya disiapkan. 

Sedih sangat bila sehari sebelum majlis perasmian, kerajaan Korea Utara tarik diri dan terus tutup sempadan. Padahal sebelum tu dah beberapa minggu dah landasan yang di bina atas DMZ tu aktif digunakan untuk mengangkut barang keperluan industri.
Bangunan Stesen
Bahagian dalam yang moden
Ingat lagi tak Bill dari USA?
Jadi sekarang ni, stesen ni hanya aktif dari arah Seoul sahaja dan digunakan oleh pekerja yang bekerja di daerah ini. Cuba tengok gambar atas tu berapa km nak ke Pyeongyang.

Tiket yang boleh dibeli sebagai kenangan

Landasan keretapi elektrik.
Itulah spot terakhir kami dalam lawatan DMZ sebelum pulang ke Seoul. Bila dah sampai Seoul kami dibawa pula ke Ginseng Center. Layan je la taklimat dan promosi mengenai ginseng sebelum kami turun ke mana-mana yang kami minta.


FH sarankan, kalau dapat melawat ke Seoul, pergi lah ke DMZ ini untuk mengenali lebih mendalam mengenai negara Korea.


Duit anda sangat berbaloi-baloi!

Ada banyak lagi sisi berbeza yang boleh kita tahu pasal negara unik ini. Bukan setakat tangkap gambar di tempat cantik dan tonton Descendent of The Sun je. Haha!

Artikel lain mengenai Korea yang FH tulis:


p/s: Selamat Ber-Hari Pekerja!

Comments

  1. Best ni dapat menggali sejarah Korea. dah rasa macam tengok cerita Iris korea hii :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum FH!google2 terjumpa blog FH ni.nice :)..saya nak tanya,macam mana nak dapatkan pakej DMZ tu?ke guesthouse yg FH stay ada sediakan pakej ni?FH stay dimana ye?nak tanya yg ni je.trima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Di guesthouse kami ada brochure. Jadi tuan rumah tolong call kan untuk book tempahan pakej kami. Selain dari tu boleh je email mana-mana yang jumpa company yg buat tour ni untuk buat booking.
      Saya tinggal di Town Guesthouse. Ahyeon-Dong, Mapo-Gu, Seoul. Buat tempahan bilik melalui Booking.com. Quite convenient juga sebab walaupun rumah tu campur laki perempuan, tapi dia buat bilik air asing lelaki dan perempuan. Cuma drawback dia lebih kurang 1km kena mendaki bukit dari stesen Chungjeongno. =)

      Delete
  3. owhh..macam tu.terima kasih ye FH :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines