Tuesday, April 12, 2016

Jenis filem kesukaan FH

Salam readers!

Hari ni FH nak sentuh mengenai filem pilihan FH. Rasanya selama ni tak pernah lagi cerita dengan readers apakah jenis filem yang menjadi pilihan FH bila tengok wayang, iflix, ataupun DVD.

FH ni bukan lah orang yang rajin tengok wayang dan tak kisah pun kalau tengok lambat sikit sehingga filem tu dah masuk HBO ataupun Fox Movies. Tapi asalkan tengok juga lambat laun.

FH akui agak memilih bila tengok filem. Jadi ambil masa dahulu sebelum tengok. Selama beberapa tahun ni ada beberapa kriteria yang diambil kira kalau FH nak tonton sesuatu filem.

1) Tema

Selalunya, 'spy movies' akan sentiasa jadi pilihan FH. Kisah mengenai orang yg bergerak secara underground untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman manusia jahat tak pernah buat FH rasa bosan. Tapi jarang sekali FH hairan dengan siapa yg jadi watak utama. Contoh seperti: Bond Movies Franchises, Mission Impossible Franchise, The Man from UNCLE dan Kingsman the Secret Service.  Tak dilupakan sebarang cerita yang berunsur penyiasatan seperti Sherlock Holmes.

Lepas tu, FH suka sangat filem yang melibatkan 'mind bending' macam The Prestige, Inception dan filem yang boleh buat kita berfikir. (walaupun personally FH tak rasa Inception tu satu filem yang susah dihadam). Filem macam ni, tengok banyak kali pun takpe sebab setiap kali mesti dapat persepsi baru mengenai plot dia.
http://img-9gag-fun.9cache.com/photo/aq5dWBR_700b_v2.jpg
Baru tonton beberapa sahaja. Gambar dari 9gag.com
Selain itu, FH juga suka cerita yang bercirikan 'Superheroes'. Manusia yang berkuasa luar biasa yang perlu menyelamatkan dunia. Tapi dalam banyak-banyak, sorry to say, Ironman is my least favourite superhero. FH tak kisah mana-mana superhero lain termasuklah mutant macam X-Men tapi kan, yang penting soal kembalikan world peace. Sebab tu, FH tak suka cerita Deadpool. 

http://comicsalliance.com/files/2015/01/CA_Supermovies_1-6-HEAD.jpg?w=630&h=420&zc=1&s=0&a=t&q=89
Love! Love! Love!
Fiksyen dan sains fiksyen juga jadi pilihan FH. Contohnya yang baru-baru ni Interstellar, The Martian, dan yang sejak dulu Star Wars dan Star Trek. 

Yang penting, bukan tema perang, bunuh-bunuh yang banyak darah. Tak suka keganasan yang mengerikan. Jauh sekali tema seram. Nanti sambil tengok tutup mata dan telinga dengan bantal.

2) Pengarah

Sejak beberapa tahun ni, FH dah mula jadi pengikut beberapa pengarah. Contohnya, Christopher Nolan, Bryan Singer, JJ Abrams dan Guy Ritchie. Bila kita kenal hasil kerja pengarah ni, kita jadi lebih selesa nak tengok filem dia. Kadang-kadang pengarah ni suka juga tukar-tukar genre filem yang diarahkan. Mungkin sengaja nak eksperimentasi, contohnya Jon Favreau. Dia pengarah Iron Man 1 and 2 tapi tiba-tiba dia buat The Jungle Book pula. Oh ya, untuk kalau filem yang unik dan twisted, Tim Burton lah yang jadi pilihan FH. Nampak tak pengarah filem ni selalunya dia memang ada genre yang dia hebat dan mahir. Tapi sesekali bila dia mengarahkan genre lain pun, boleh nampak juga sifat-sifat dia tu sikit. 

http://s3.amazonaws.com/pbblogassets/uploads/2014/10/nolan.jpg
Christopher Nolan. The man behind The Prestige, Inception, dan Interstellar
Hari tu FH ada tengok satu filem arahan Roman Polanski bertajuk Venus in Fur. Perlukan fokus dan pemahaman yang mendalam untuk faham. A good movie is like that. Boleh buat kita bincang apakah misi yang cuba disampaikan pengarah dan cuba memahaminya.

3) Pelakon (Tapi tak semestinya pelakon utama)

Pelakon utama memanglah dapat promosi lebih sebab mereka yang tarik penonton ke pawagam. Tapi FH selalunya perhatikan juga pelakon tambahan. Simon Pegg adalah pelakon pilihan FH untuk watak yang menjadi comedic relief kepada ketegangan babak tertentu. Kita boleh jumpa dia dalam siri Mission Impossible dan juga Star Trek.
http://static.independent.co.uk/s3fs-public/thumbnails/image/2015/07/24/11/Simon-Pegg.jpg
Ok ni dia buat muka serius. Haha. Gambar dari Google.




Sekarang ni ada 5 orang pelakon yang menjadi kegilaan FH. Yang paling kelakar, mereka semua rambut brunette or black. FH akan pastikan yang FH akan tonton semua filem yang jadi lakonan mereka bila ada peluang.

No 1 dalam hati
http://img2.timeinc.net/people/i/2014/news/141208/benedict-cumberbatch-7-768.jpg
Benedict Cumberbatch. Gambar dari Google




Dia ni, haish.. tak tau lah camne nak cakap. Tapi lakonan dia memang buat FH geram je sebab sangat profilik dan banyak layers. Sangat misteri. Antaranya dia sangat berjaya membawakan watak Sherlock Holmes siri TV,  Dragon Smaug dalam siri Hobbit Trilogy, Khan dalam Star Trek dan paling terbaru yang paling FH nantikan sebagai Doctor Strange. Tak sabar betul nak tengok. Love! Love!Love!

No 2 dalam hati
http://www.moviemagik.in/files/actors/764/benwhishaw-jpg_184603.jpg
Ben Wishaw. Gambar dari Google
Mula-mula FH perasan dia ni sebagai Q, Quartermaster dalam James Bond. Like... OMG. Kenapa comel sangat dia ni selain daripada nampak nerdy dan bijak? Lepas tu barulah FH perasan yang dia juga ada dalam Cloud Atlas. Mata dia memang memainkan peranan sebab di situ boleh nampak permainan emosi dia.

No 3 dalam hati

http://www.geeksofdoom.com/GoD/img/2010/05/2010-05-27-james_mcavoy.jpg
James McAvoy. Gambar dari Google
This one. Dah lama dah sejak tengok cerita Penelope. Almost 10 years dah dia ada dalam hati FH. Lepas tu dia jadi watak Professor X masa muda pula. Kena lah tengok semua X-Men kan sekarang. Hoho.  

No 4 dalam hati
http://4.bp.blogspot.com/-35e0naF45lk/VIjwrsS3j4I/AAAAAAAAIIQ/r8vsA0Ws1o4/s640/Reza%2BRahadian_3.jpg
Reza Rahadian. Gambar dari Google.


Super duper love! Dia ni pelakon Indonesia. Mula-mula perasan dia dalam cerita Habibie Ainun sebagai BJ Habibie. Lepas tu dia berlakon cerita Halfworld terbitan HBO pula. Terus lah FH minat lakonan dia yang misterius itu.

No 5 dalam hati
http://40.media.tumblr.com/d77b4de7974d804e730056c4ae1c703f/tumblr_mlkm3d8Psx1soe0mro1_500.png
Hugh Dancy. Gambar dari Google
Dia ni ada dalam Confession of a Shopaholic. Tapi lepas tu dia berlakon dalam siri TV Hannibal la pulak jadi seorang detektif yang disturbed dan mempunyai empathy yang sangat tinggi bernama Will Darcy. I just love the way he carried that role. 

Ok itu sahaja setakat ni. Sedikit perkongsian mengenai apa dalam fikiran FH. Boleh nampak tak sekarang pattern pelakon lelaki pilihan FH? Semua jenis rambut serabai. Haha. Tapi Mr D tetap di hati. Ingat lagi kan dia? Untuk bulan April ni nama dia Mr D. Hehe.

p/s: Sedapnya makan udang galah sungai yang besar dan manis. Lapar ni nak lunch.

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata yang lahir dari hati itu adalah milik anda.. dengan ilham daripada Allah untuk anda..