Elhana dan Zakuan, Bab 2
Bab 2
Malangnya
bukan begitu. Tiba-tiba sahaja pelajar tingkatan 6 mengadakan aktiviti bersama
junior dan mereka meletakkan peraturan bahawa setiap senior wajib mengambil
junior sebagai protégé. Mereka mahu memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan
mereka merasakan program ini dapat membantu dalam memberi motivasi kepada
pelajar junior.
Seperti
telah dapat di teka, Ilhami memilih Elhana sebagai protégé. Walaupun mengikut
taklimat, pemilihan dibuat secara rawak, tapi Elhana yakin dan pasti ini semua
idea Ilhami yang sengaja mencari jalan bagaimana hendak memberi ‘pengajaran’
kepada Elhana. Kini dia telah mempunyai saluran rasmi untuk membuli Elhana.
Nasib
baik lah Zakuan memilih pelajar lelaki jadi tidaklah Elhana rasa cemburu. Sejak
pengumuman diberikan oleh Guru Kaunseling pada perhimpunan hari Isnin tempohari
hanya itu yang menjadi kerisauan Elhana; siapakah yang menjadi protégé Zakuan.
Bila dia mendapati Zakuan dipasangkan dengan ketua kelas Elhana, seorang
lelaki, kegusarannya hilang terus.
Kini
setiap minggu dia wajib berjumpa dengan Ilhami dan berbincang apa yang patut.
Pertemuan pertama dilaksanakan serentak di dalam dewan sekolah di mana setiap protégé
dan mentor dipertemukan secara formal. Ada kad perjumpaan yang perlu
ditandatangani setiap mentor sebagai bukti perjumpaan. Bosan betul benda macam
ni.
“Aku
tak nak sign”
Elhana
bengang. Ilhami memang sengaja mahu menyusahkannya. Jika dia tidak melengkapkan
kad perjumpaan itu, dia perlu berhadapan dengan guru kaunselor dan perlu
memberi alasan yang munasabah.
“Abang
Ilhami, tolong lah sign. Kan kita dah discuss matematik ni tadi” Elhana cuba
memujuk walaupun hatinya benci.
“Aku
takkan sign selagi kau tak bawa brownies untuk aku. Aku dengar cerita kau
pandai buat brownies kan?”
Mata
Elhana terbeliak besar. Siapa yang beritahu dia ni?
“Kalau
kau bawa brownies untuk aku minggu depan, aku akan sign untuk sebulan terus.
Jadi bulan depan baru kau kena jumpa aku.” Dia menyambung ayatnya. Tawaran itu
sangat berharga kerana Elhana memang malas hendak berjumpa Ilhami setiap
minggu. Buang masa sahaja. Terus Elhana bersetuju untuk membawa brownies ke
perjumpaan minggu hadapan.
Seperti
dijanjikan, dan sememangnya Elhana seorang yang berpegang pada janji. Dia
membawa brownies untuk Ilhami. Dengan lahapnya Ilhami menghabiskan brownies
tersebut dalam sekelip mata. Ganas betul macam orang tak bertamadun. Habis
sahaja dia makan, Ilhami meminta kad perjumpaan untuk dia tandatangan. Kemudian
dia memulangkannya semula kepada Elhana.
“Kenapa
dua sign saja ni?”
Soal
Elhana selepas dia mendapati hanya dua slot yang diisi Ilhami. Ilhami membalas
pertanyaan itu dengan senyuman sinis. “Cikgu cakap tak baik menipu. Nanti
belajar tak berkat”
Marahnya
Elhana mendengar jawapan itu. Ilhami memang licik dalam mendapatkan apa yang
dia mahukan. Dia balik dalam keadaan geram pada hari itu. Mujurlah Afif
memaklumkan sesuatu yang menggembirakan selepas itu jadi sejuklah hatinya
sedikit.
“Elhana,
Abang Zakuan cakap terima kasih. Brownies tu sedap sangat sampai dia tak nak
kongsi makan dengan Afif”
Afif
ialah pelajar yang menjadi protégé Zakuan. Elhana tersenyum sendirian. Sememangnya
Zakuan lah yang selalu jadi penyejuk hati dia selepas kepanasan dengan tingkah
Ilhami. Pagi tadi dia membawa dua bungkusan brownies sebenarnya. Satu dikirim
kepada Zakuan menerusi Afif manakala satu lagi yang hangus sedikit diberikan
kepada Ilhami.
Setiap
bulan ada sahaja seksaan daripada Ilhami kepada Elhana. Pernah sekali Ilhami
menyuruh Elhana membelikan burger Big Mac. Peraturan sekolah tidak membenarkan
pelajar memesan Mc Donald Delivery tapi Elhana tidak ada pilihan lain. Dia telah
berpakat dengan pakcik guard tapi perbuatan itu kantoi juga apabila kebetulan
Cikgu Anwar ternampak motor pekerja McDonald itu di luar pagar. Akibatnya Elhana
didenda dan perlu pulang lewat dan perlu membersihkan surau sebagai denda.
Dia
terpaksa reda dan menganggap itu adalah balasan kerana dia telah memecahkan
kaca tingkap beberapa bulan yang lepas dan tidak jujur kerana tidak melaporkan
perkara itu. Sepatutnya dia perlu membersihkan kedua-dua tandas lelaki dan perempuan
tapi bila dia baru sahaja mahu memulakan pembersihan tandas lelaki, terkejut
dia dengan kehadiran Zakuan.
“Awak
kena denda juga ke?” soal Elhana yang naif.
“Takde
lah. Saya tolong awak la ni. Takde lah awak penat sangat. Kesian awak” balas Zakuan
sambil tangannya memegang paip air dan penyapu.
Elhana
tersenyum. Lelaki macam Zakuan inilah yang dia perlukan dalam hidupnya. Bukan
macam Ilhami yang hanya tahu menyeksa emosinya.
“Dah..
jangan berangan. Awak pergi bersihkan tempat lain sebelum orang lain nampak
saya ada kat sini” arah Zakuan sambil menyingsing lengan baju. Elhana pun
terpaksa akur dan makin bersemangat dia membersihkan surau tersebut bila ada
peneman.
Begitulah
hidupnya sepanjang tahun itu. Jadi mangsa buli Ilhami dan Zakuan jadi
penyelamatnya dalam cara yang tersendiri. Zakuan cinta pertama Elhana yang
menjadi kenangan manis dalam lipatan kehidupannya sepanjang persekolahan.
Meskipun selepas Zakuan tamat tingkatan 6 dan berjaya lulus STPM dengan
cemerlang, mereka masih berhubung sehinggalah apabila Zakuan mendapat tawaran
ke universiti. Elhana sedar Zakuan perlu fokus belajar jadi mereka berpisah
cara baik dan berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh kerana Elhana sendiri
harus berusaha mendapatkan keputusan SPM yang bagus.
“Macam
itulah aku kenal Zakuan….dan Ilhami”
Elhana
menamatkan kisahnya. Dia tersenyum bila mengingati kisah cinta monyet yang berlaku
beberapa tahun yang lepas. Telah tertulis dia akan bertembung sekali lagi
dengan kedua-dua lelaki itu yang pernah menjadi sebahagian daripada kisah zaman
sekolahnya.
“Lepas
tu apa kau nak buat sekarang, El?” Sarah yang dari tadi menjadi pendengar setia
mula bertanyakan soalan.
“Well,
nothing. Kau nampak sendiri kan? Zakuan dah ada girlfriend. Takkan aku nak
kacau dia”
Pemikiran
Elhana membayangkan semula situasi canggung petang tadi di kafe. Kafe yang
sesak itu memerlukan mereka berebut tempat duduk. Sementara Sarah di kaunter
memesan makanan, Elhana yang lebih agresif dalam soal ini bertindak mencari
meja makan. Hari ini mereka perlu pantas dan tiada masa untuk beli bungkus dan
makan di bilik hostel.
Keadaan
sedikit kecoh bila tiba-tiba sahaja seorang lelaki meletakkan barang di atas
kerusi yang telah dikhaskan Elhana untuk Sarah. Lepas letak barang lelaki itu terus
pergi. Elhana marah jadi dia bingkas bangun dan kejar lelaki itu untuk
memberitahu dia telah mendapatkan tempat duduk itu terlebih dahulu jadi
tindakan lelaki itu memang tidak wajar dan tidak macho.
Lelaki
itu menoleh dan ternyata dia ialah Zakuan!
Pegangan
Elhana di bahu lelaki itu terlepas. Insan yang dirindui selama beberapa tahun
ini muncul di depan mata. Zakuan dah nampak lain sedikit. Ada kumis nipis dan
berkaca mata. Badannya tegap seperti ke gym. Nampak nerd dan kemas tapi itulah
Zakuan yang menjadi penawar kekacauan jiwanya selama ini. Zakuan juga terkejut
bercampur gembira.
“Hana!”
Zakuan menyebut nama Elhana sebagai Hana. Sepertimana dia memanggil Elhana
beberapa tahun lepas. Hanya dia yang dibenarkan memanggil Elhana dengan nama
itu. Orang lain memanggil dia El ataupun nama penuhnya Elhana.
Elhana
tersenyum dan Zakuan juga tersengih menampakkan lesung pipitnya. “Apa awak buat
di sini?” soal Zakuan.
“Belajar.
Obviously”
Jawab
Elhana separuh bergurau. “Well, selain daripada tengah cari makanan”. Dalam
keadaan yang bising, panas dan kecoh di kafetaria itu, dirasakan seperti hanya
mereka berdua di situ dalam dunia mereka sendiri.
Zakuan
kelihatan keliru. Dia tidak tahu yang Elhana dapat memasuki universiti yang sama
dengannya. Elhana juga keliru bagaimana Zakuan boleh berada di UPM sedangkan
kali terakhir perbualan mereka, Zakuan masih belajar di UTP dalam semester 1.
“Elhana!”
“Zakuan!”
Kedua-dua
nama mereka dipanggil teman masing-masing. Elhana memandang ke arah suara yang
memanggil Zakuan. Seorang gadis. Berseluar jeans dan blouse berwarna ungu.
Zakuan tidak sukakan warna ungu.
“Girlfriend?”
soal Elhana pantas.
Zakuan
mengangguk. “Sort of..”
“Cantik.”
Sekali
lagi nama mereka dipanggil teman mereka. “Take care Zakuan.” Elhana beredar
mendapatkan Sarah. Perutnya juga lapar sekali dengan tambahan rama-rama yang
muncul dalam perut sekaligus dengan kemunculan Zakuan. Oleh itu rasa laparnya
berganda. Selepas beberapa minit Zakuan datang semula ke meja mereka untuk
mengambil barang-barang nya tadi. Dia mengampiri Elhana dan berbisik:
“I
miss you”.
Tawa
Elhana berderai. Zakuan tahu bagaimana hendak menceriakan harinya seperti yang biasa
dia lakukan dengan jayanya sebelum ini. Sarah yang terkejut dengan kemunculan
Zakuan membuat wajah pelik dan ingin tahu. Siapa dia? Riak wajah Sarah
bermaksud sedemikian.
“Nanti
aku cerita.”
Dan
sepanjang malam itu dia bercerita kepada Sarah mengenai semuanya. Semua sekali
yang berlaku antara Ilhami, Zakuan dan dia.
“Kau
tak nak cari dia?” soal Sarah. Kopinya diteguk. Penceritaan Elhana memerlukan
lebih daripada secawan kopi.
Elhana
menggeleng. “Tak perlu. Zakuan sendiri akan cari aku.”
“Wah,
kau yakin betul ni.” Sarah mengangkat keningnya. Selama ini Elhana tidak pernah
membuka mulut mengenai kisah percintaannya walaupun mereka sudah setahun lebih
berkawan di kampus ini. Ini pertama kali Elhana bercerita mengenai lelaki.
Sehingga Sarah pernah menyangka Elhana tidak sukakan lelaki ataupun bencikan
lelaki. Tidak dia sangka Elhana rupanya mempunyai sejarah percintaan
tersendiri.
“Seyakin
dan seutuh tembok cina. Dia akan cari aku” Mata Elhana menceritakan segalanya.
Betapa dia teruja dan gembira dalam masa yang sama.
Sarah
sedikit ragu-ragu kerana dia tidak yakin Zakuan mencari Elhana. Lagipun dia
tidak mengenali Zakuan secara rapat jadi mudah sahaja dia membuat sangkaan negatif.
“Kalau betul dia cari kau balik. Apa kau akan buat?”
“Aku
takkan lepaskan dia kali ini. Sama sekali tidak.”
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...