Elhana dan Zakuan, Bab 4
Bab 4
Setahun
berlalu pantas. Elhana berjaya menyelesaikan pelajaran dan kini dia menanti
hari konvokesyen. Sementara itu dia ligat mengedarkan resume ke syarikat
pilihan untuk mencari pekerjaan. Lagipun majlis konvokesyen hanya akan berlangsung
6 bulan lagi. Sedikit pun dia tidak biarkan perihal peribadi mengganggu plan
pengajiannya. Dia berjaya menyimpan kemas bab Zakuan di dalam lipatan kenangan
dan tidak berniat untuk membukanya lagi sama sekali.
Salah
sebuah syarikat yang dipohon menerusi jobstreet memanggilnya untuk temuduga.
“Tell
us what is your strength and weakness?”
Wajah
penemuduga dipandang tepat bagi menzahirkan keyakinan. Antara tips temuduga
yang berjaya ialah selindungkan rasa gemuruh dengan pamerkan senyuman yang
cukup cukup sahaja. Kalau terlebih senyuman, nanti kelihatan palsu pula.
“My
strength is, I can differentiate work and personal matters. I can be friend and
still be fierce in reaching team goals at the same time. I won’t let personal
issues distract me from my job.”
Terbit
senyuman kecil di hujung bibir penemuduga. Ini menambahkan keyakinan Elhana
untuk meneruskan bicara.
“And
my weakness, as what I heard from my project team in university, is I am too
work oriented and at times, becoming a perfectionist”
Tiada
lagi soalan daripada panel temuduga. Elhana tidak pasti jika itu adalah petanda
baik ataupun tidak.
“We
will contact you in near future”
Panggilan
dari Sarah menghapuskan lamunan Elhana. Pasti Sarah ada berita baik. Atau
mungkin juga tidak. Mana-mana berita pun Sarah akan tetap hubungi Elhana juga.
Dia menyambut panggilan Sarah.
“El!
Aku dapat kerja tu!” Sudah dapat diteka itulah berita yang disampaikan Sarah.
Elhana bergembira dengan urusan sahabatnya yang dipermudahkan Tuhan.
“Alhamdulillah.”
Ringkas sahaja jawapan Elhana. “Kau macam mana? Company hari tu ada call kau
tak?” soal Sarah.
“Belum.
Agaknya tak dapat kot.” Elhana hampir berputus asa.
“Jangan
macam tu. Nanti, ada lah tu” pujuk Sarah. Dia menyambung cerita tentang
bagaimana dia menerima berita tentang pekerjaannya. Mereka berjanji untuk
keluar bersama-sama dan membeli pakaian baru sekiranya Elhana juga mendapat
kerja.
Masin
kata-kata Sarah. Selang beberapa hari dia menerima email daripada syarikat
tempohari.
“We
want to hire you! Congratulations!”
Terus
Elhana berlari ke ruang tamu untuk memberitahu Ibu. Ibu mengentikan aktiviti
mengait alas meja dan memeluk anaknya.
“Tahniah
sayang.” Ucap Ibu.
“Nanti
Ayah balik kita pergi makan Satay okey..” Tradisi kebiasaan keluarga mereka
bila meraikan sesuatu. Keraian ini juga tidak terlepas daripada sambutan itu.
Dunia
kerja rupa-rupanya tidak seperti yang disangkakan. Walaupun Elhana cukup
terlatih semasa belajar, ia bukanlah jaminan yang dia akan melakukan perkara
yang sama. Dalam kerja, lebih kepada aplikasi kepada sesuatu teori berbanding
melaksanakan teori itu sendiri. Selepas beberapa minggu, Elhana menyedari
perkara ini.
Suasana
di tempat kerja ini amat kondusif bagi seorang pelajar yang baru bergraduat
seperti dirinya. Pekerja senior tidak lokek berkongsi ilmu dalam selok belok
pengurusan pemasaran. Pekerjaan nya kini sedikit lari dari bidang asalnya iaitu
sains kesihatan tapi suasana itu menggalakkan dia untuk belajar lebih lagi.
Perlahan-lahan
dia boleh melihat dirinya berkerja lama dalam bidang ini. Dengan syarat dia
mempunyai rakan sekerja yang sentiasa positif dan saling membantu.
“El,
kau single lagi tak?”
Teman
gosipnya datang menghampiri di pantri pada suatu pagi. Hampir terkeluar nasi
lemak yang sedap disuapnya bila mendengar soalan itu. “Ruby, kau rasa aku
single tak?” dia sengaja bermain teke-teki dengan wanita itu.
Ruby
memandangnya atas bawah. “Aku tak pernah tengok kau baca mesej lepas tu senyum
sorang-sorang. So, aku rasa kau single”
Tawa
Elhana berderai. Adakah itu penanda aras untuk mengenalpasti seseorang yang
tiada pasangan? Bukan kah semasa bekerja kita memang tak digalakkan bermain
telefon? Elhana sememangya seorang yang fokus dan tidak melihat sangat
telefonnya kecuali bila perlu. Jadi mengikut kamus hidup Ruby, dia bujang la
sekarang?
“Walaupun
aku single, tak semestinya aku available.” Dia menguji Ruby lagi. Sinar
keyakinan Ruby masih belum pudar. Wanita genit itu membetulkan bajunya yang
tertarik ke atas.
“Lunch
ni, kau ikut aku. Aku kenalkan dengan orang.” Ajak Ruby.
Terkejut
Elhana. Perkara terakhir dalam fikirannya sekarang ialah mencari pasangan.
Cukup-cukup lah dengan drama tahun lepas.
“Taknak
lah. Aku banyak kerja.”
“Habis
kau tak nak makan?”
Pandai
Ruby memerangkapnya. Ruby kenal benar dengan perangainya yang tidak akan
bertangguh dalam perihal makan. Walaupun baru tiga minggu kerja, mereka cepat
sahaja rapat macam kakak dan adik.
“Aku
nak makan. Tapi aku taknak cari jodoh. Bukan sekarang.” Elhana menyudahkan
suapan terakhir. Dia bingkas bangun dan membasuh sudu di sinki. “Dah la aku
banyak kerja” Laju dia meninggalkan Ruby yang terpinga-pinga.
“Eh
tapi lelaki ni baik. Nama dia…” Elhana sudah tidak kelihatan lagi dari
pandangan Ruby. Tapi dia tidak berputus asa. Jarinya laju menaip sesuatu di
telefon.
“Hai
Elhana”
Hampir
tersembur air yang baru disedut Elhana. Entah dari mana lelaki itu muncul dan
mengambil tempat duduk di hadapannya. Bayang Ruby pula tidak kelihatan selepas
memberitahu hendak ke kedai sebelah sekejap.
Kelihatan
lain benar kali ini dengan bersut hitam tanpa tali leher. Terserlah gaya segak
yang sejak dari dulu diperakui Elhana. Raut wajah juga kelihatan tenang tanpa
sebarang riak angkuh dan garang. Mengapa Ilhami tak nampak macam Ilhami?
Dia
tersenyum memandang Elhana yang jelas kehairanan. Nampak tampan sekali bila dia
senyum sebegitu. Elhana mulai rasa aneh kerana Ruby tidak kelihatan di
mana-mana. Adakah Ruby berpakat dengan Ilhami? Adakah ini satu lagi helah Ilhami
bertujuan mengenakannya?
“Kenapa?
Tak percaya?”
Elhana
tergelak. “Bukan tak percaya tapi susah nak percaya. Betulkah ini Ilhami yang
saya kenali selama ini? Kenapa berpakai kot bagai?”
“Well
I get my life straightened. Lepas grad hari tu I melawan my dad sebab I never
want to be a lawyer. Turns out my dad always right, my business doomed. I lost
everything and now.. I am a lawyer as what he always want”
Kagum
Elhana melihat Ilhami kini. Walaupun baru beberapa minit berhadapan dia dapat
merasakan dengan kuat bahawa Ilhami telah berubah. Aura negatif yang selama ini
berlingkar di sekeliling tubuhnya bertukar kepada aura menawan dan maskulin.
“I
am sorry to meet you like this. Tapi I can’t help myself bila nampak gambar El
di facebook Ruby hari tu. Jadi I minta dia aturkan dating kita hari ni”
Dating?
Itu
satu ungkapan yang berani daripada Ilhami. Dia memang selalunya berani dan
berterus terang. Satu sifat yang tidak lekang sejak dulu. Nampaknya masih ada
secebis lagi Ilhami yang dahulu dalam diri Ilhami yang sekarang.
Elhana
ternyata selesa dengan Ilhami. Selepas beberapa tahun siapa sangka dia mampu
untuk duduk semeja tanpa sekelumit perasaan takut pun dengan lelaki itu.
Sebarang prasangka dibuangnya jauh-jauh dan dia percaya manusia mampu berubah ke
arah yang lebih baik. Buktinya, Ilhami yang berada dihadapannya pada hari itu.
Versi baru tetapi masih lagi pencinta kucing.
“You
boleh tahan dengan bau kucing?” soal Ilhami pada satu hari semasa mereka berada
di kedai haiwan peliharaan.
“Bolehlah.
Asalkan tak kuat sangat bau dia. Sebab I ni sensitif dengan bau. Perfume yang
you guna pun I boleh kenal” selamba sahaja jawapan Elhana. Ilhami tersengih
mendengar jawapan Elhana.
“Jadi
kalau rumah tu ada kucing, you ok la?” tanya Ilhami lagi. Tangannya memegang
sebotol vitamin untuk kucing.
“Kenapa
you tanya? You nak bagi kucing dekat I ke? Janganlah. I tak pasti I mampu make
sure kucing tu tak mati.” Seloroh Elhana.
“Takde
apa-apa” Ayat itu mematikan perbualan itu di situ. Selepas membuat pembayaran,
mereka keluar dari kedai itu dan menuju ke kedai makan pula.
Hari
yang ditunggu telah tiba bagi seluruh pelajar yang telah berusaha bagi
menggenggam sekeping ijazah. Elhana dan Sarah juga tidak ketinggalan memakai
pakaian terbaik dan hadir bersama keluarga masing-masing.
“Kita
berjaya, Sarah” jerit Elhana sejurus mereka keluar dari dewan besar.
“Ye!
Dummy sijil ni jadi buktinya. Haha!”
Tawa
mereka berderaian. Sijil berlakon pun bolehlah asalkan boleh buat jadi props
untuk bergambar. Mana pula ahli keluarga mereka ni? Suasana luar dewan yang
dipenuhi orang ramai menyukarkan mereka mencari kedudukan ahli keluarga mereka.
Dalam
pada kekalutan itu Elhana ternampak susuk tubuh yang sedang memegang sejambak
bunga yang juga mempunyai ‘teddy bear’ kecil.
“Saya
tak tahu awak akan datang.” Elhana menerima huluran bunga mawar merah itu.
Entah berapa kuntum bunga dalam jambangan itu dan entah berapa pula harganya.
Ilhami
mengambil topi graduan yang terlekat di kepala Elhana dan memakainya di kepala
sendiri.
“Mestilah
saya nak datang ke konvokesyen buah hati saya” jawabnya kemudian mengeluarkan
telefon untuk mengambil gambar mereka berdua.
“Oh..
jadi saya sekarang ni buah hati awak?” soal Elhana meminta kepastian.
Lelaki
tinggi itu mengangguk. Memandang Elhana dengan hujung matanya. Sedikit risau
jawapan itu ditolak mentah-mentah oleh Elhana. Dia tahu semua kisah Elhana
dengan Zakuan. Bukan mudah untuk Elhana melupakan Zakuan dan memulakan kisah
baru bersama dirinya. Tambahan pula dia pernah melayan Elhana dengan teruk
dahulu.
“Baiklah
kalau begitu”
Jawapan
Elhana itu menyenangkan hati Ilhami. Mereka terus bergambar sambil menanti ahli
keluarga Elhana. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat
mesra mereka berdua dari kejauhan.
“Siapa
lelaki hari tu?” Laju sahaja soalan itu diajukan Sarah sebaik sahaja Elhana
menjawab telefon.
“Yang
mana satu?” Soal Elhana kembali. Dia tidak pasti Sarah merujuk kepada siapa.
Tapi mungkin Sarah ternampak dia dengan Ilhami kerana Sarah tidak pernah
bertemu dengan Ilhami semasa mereka belajar.
“Aku
nampak hari tu masa konvo. Ada lelaki datang bagi kau bunga. Bukan Zakuan.
Zakuan cerah, handsome. Yang ni tall, dark, and macho.”
Elhana
tergelak. Boleh pula Sarah buat analisa perbandingan fizikal antara Zakuan dan
Ilhami.
“Oh..
Yang tu Ilhami”
“Ilhami??”
Terbelalak
mata Sarah mendengar. Elhana dapat merasakannya menerusi nada suara Sarah di
hujung talian. “Abusive, controller, bad boy tu?”
“Ya…
Ilhami yang itu.” Jawab Elhana lagi.
“Ok,
tell me everything I missed.” Arah Sarah. Dia tidak berpuas hati bila
ketinggalan sesuatu cerita. Elhana berhutang dengannya satu lagi kisah
percintaan.
“Well,
love is strange. Aku bahagia dengan Ilhami sekarang. Pelik kan?” dia memulakan
cerita.
Sarah
meneguk kopinya. Cerita menerusi telefon hari itu telah tertangguh beberapa
minggu dan kini dia menagih Elhana bercerita sambil mereka menikmati kopi dan pastri
enak di Levain Patisserie.
“Macam
mana kau pasti dia takkan kembali kepada diri lama dia?” Sarah pesimis lelaki
mampu berubah.
Kalau
dahulu Elhana punya keyakinan setebal tembok cina, kini dia tidak lagi begitu
dalam soal perhubungan. Tindakan melulu Zakuan merubah segala persepsi dia
terhadap lelaki.
“Aku
tak pasti Sarah. Aku hanya mampu berdoa dialah yang terbaik buat aku” Berbeza
sungguh nada Elhana sekarang. Lebih bertawakkal dalam soal jodoh dan takdir.
Sarah
faham situasi Elhana dan dia tidak mahu membebel lebih lagi. Dia juga hanya
mahu yang terbaik buat sahabatnya itu. Sudah cukup lah bersedih dan semoga
hadir sinar kebahagiaan untuk menyerikan hidupnya semula.
p/s:
Hanya ada satu lagi bab iaitu Bab 5. Bila ada masa, FH akan sambung tulis bab akhir. Adakah Elhana akan bersama dengan Ilhami ataupun Zakuan?
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...