Entri April 2016

Salam readers!

Bagaimana kah bulan Mac anda? FH busy sangat sampai lupa nak buat entri khas untuk Mac. Tapi memandangkan dah tulis masa birthday hari tu jadi kira ok lah kan? Hehe.

Tarikh hari ni sangat istimewa bagi FH. Jadi rasanya kena tulis sesuatu untuk mengenang memori yang terjadi 3 tahun lepas.

Tapi nak iklan sekejap sebab nak cerita pasal pengalaman FH memasuki Gua Keriang di Gunung Keriang. Seriously sangat dahsyat pengalaman yg FH lalui sehinggakan serik nak masuk gua dah. Cuba readers bayangkan kegelapan gua tu yg banyak gaung dan lubang. Dalam tu hanya ada batuan sahaja dan kadang-kadang ada tali untuk berpaut bila turun batu.

Akhirnya FH boleh gelar diri sebagai seorang Cavers. Seorang yg melakukan aktiviti gua. Haha. Dulu masa lepas masuk marathon 10 km, FH gelarkan diri sebagai Marathoners. LOL.

Sumpah. FH tak nak masuk gua macam tu dah. Kalau basah sebab berair, kena merangkak, takpe. Tapi kalau dah sampai kena dakap batu tu sebab jalan ikut lereng dinding gua tu sebab jalan tepi gaung, FH taubat tak nak pergi dah. Huhu.

Bukan sebab ekstrem dan tenaga yg dikeluarkan, FH mampu menghadapi semua itu. Tapi kerana kegelapan dan kegayatan yg FH geruni. Jadi, NO.

....................................................

FH tak sangka akhirnya akan menemui hari ini. Hari genap 3 tahun selepas sahabat FH pergi. Masih jelas di ingatan hari FH terima sms pemberitahuan daripada adik arwah mengenai kematian arwah.

Aneh kan.

Kenapa kematian kadang kadang boleh mengingatkan kita cara untuk menjalani kehidupan?

FH yang dulu bukanlah yg sekarang. Ada perubahan sedikit daripada segi saiz dan pemikiran. Cara FH faham dinamik sesuatu perhubungan itu juga dah lain.

Bayangkan ye, kita boleh berhubung dengan seseorang itu hampir setiap hari tapi kita masih tidak tahu apa perasaan dia terhadap kita.

Kemudian kita didatangi seseorang yg selalu buat kita rasa tidak dipedulikan dan diabaikan tapi kita jelas dengan perasaan dia terhadap kita. (Please take note Mr D. Hehe)

Memang pelik lah hidup ini. Kita hanya akan dapat sesuatu yang kita benar-benar nak. Cuba kita lihat kembali secebis dalam hidup kita, mungkin perkara yg kita miliki sekarang walaupun ada yg kita tidak suka tapi padanya mungkin ada yg kita gemari dan ingini.

Tuhan itu selalu mendatangkan sesuatu perkara dalam satu pakej.

Suka dan Tidak Suka.

Jangan sekali tidak suka kan sesuatu perkara 100%. Nanti jadi macam FH. Dulu punya lah dendam dengan driver MyVi yg selalu cucuk dan buli FH di jalanraya, sekalinya sekarang FH bawa kereta MyVi setelah mendapat arahan mandatori daripada Ummi.

Cuba bayangkan betapa kelakarnya keadaan itu.

Begitu juga dengan manusia. FH tak pernah benci seseorang itu 100%. Dalam pada kita tidak menyukai perangainya, mungkin masih ada kebaikan dia yg kita tidak nampak dan kita tidak tahu. Tapi kalau dah pelik sangat tu kita jauhkan lah diri dan doa semoga dia jadi jodoh orang lain. Haha.

Rasanya dah 3 tahun ni FH patut betul-betul 'move on' dan berhenti sebut pasal arwah dengan sesiapa. Tak adil buat insan insan dalam kehidupan FH sekarang kalau FH masih teringat dekat orang yang dah tiada.

Akan FH simpan kemas dalam ingatan dan tutup buku mengenai Arwah. FH perlu maju ke depan dan hargai orang yg ada dalam hidup FH sekarang sebelum mereka pergi atau FH sendiri tinggalkan mereka untuk ke kehidupan yg lebih abadi.

Wallahua'lam.

p/s: Masih sakit badan ni selepas menjadi Cavers. 

Comments

  1. Kalau itu kekasih, letaklah dia sebagai kekasih. Bukan kawan yang sebenarnya 'kawan' dalam makna yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak mentakrifkan makna Kekasih itu. Jika ditanya, adakah Arwah adalah kekasih FH, sebenarnya bukan. Almost close. But never will be even it appear so.

      Kekasih itu, perasaannya harus mutual. Ingin mencapai matlamat yang selari. Arwah tak pernah selari matlamat dengan FH.

      Delete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines