Sunday, October 24, 2010

Jangan kacau 2 perempuan soping.

Hahaha..

Seriously.

Tadi lepas 2 hari Umi dan aku (dan juga ahli keluarga yang lain. Ye! Sayang korang jugak!) berhempas pulas memasak dan menghidang demi tuntutan pelanggan, kami buat keputusan utk singgah sebentar di Baden Baden Bundle.

???

Iya. Ini HOTSPOT terbaru penggila bundle di Gombak yg didatangkan khusus utk wanita. Korang mesti gila bila datang sini.. Kedai hot. (Sebab warna interior nya Merah plus Hitam dan rak nya warna Putih dan Hitam). Buat KakNa .. kedai ini tidak berbau macam bundle kat Kedah dulu. (Opps..) Saya jamin kamu mesti puas hati dan tidak segan bersoping di sini.

Nak tau macam mana nak pergi? Taip Ong Tai Kim kat Google Earth, pastu bila dah sampai situ, pergi kat blok belakang dan ada sebuah kedai berwarna merah yang menghadap blok kondominium. Kedai itu sebelah kedai motor.

Haa.. Itu lah Baden Baden Bundle. (Ada blog. Cool!)

Tapi promosi kedai ini bukan tujuan utama post kali ini.

Huhu. Sambung balik citer..

Jadi kami ni punya la nak lepas gian. Ye la.. dah beberapa bulan pokai sebab xde income. Dobi da kurang bisnes.  Bos aku pulak x bayar gaji aku.. (Err.. Itu cerita laen). Ok.

So kami beli di situ memang tak ingat dunia. Dalam masa kurang dari sejam. Lebih Seratus Ringgit Malaysia sudah di habiskan.

Waaaaaa!

Ok. Off record tau ni sebab Abah tak tahu jenayah yg kami lakukan tadi. Heee...

Banyak helai juga yg di beli dan juga sebuah beg tangan Made In China. (X kesah pun.. Asal cun)

Adakah kamu ada negative perception? Biarlah. Saya sudah 5 bulan tidak bersoping sakan. Nak kata saya membazir? Biarlah.

10 Helai baju bundle bersamaan harga dengan 1 helai baju di butik. Fair comparison, right?

Jadi = no judgement.

Ala... nak tengok ke apa yang di beli??

Huahuahua.. It's a Top Secret.

(^__^)

2 comments:

  1. ade name saya di situ.. hehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe..

    Kak Na,

    baju2 nya comel.. mesti ko suka punya la...

    cepat la datang Gombak..

    Boleh soping sama2..

    huhu~

    ReplyDelete

Setiap kata-kata yang lahir dari hati itu adalah milik anda.. dengan ilham daripada Allah untuk anda..