3 Lagu Favourite FH Sekarang dan Kenapa.

Banyak nya lagu2 baru.. Tak sempat nak ambil pusing semua. Dan tak penting pun untuk tahu semua kan?? Lagu yg kita suka dengar sudahlah.... Huhu..

Okey.. Kalau sebelum ini FH penah share pasal lagu Fiq + Mirwana = Manifestasi Cinta.. kali ini pasal 3 Lagu Top pujaan sirap dalam hati. Huhuhu.. Edisi Oktober 2010

Top 1 Allah Kiya Karo by Maher Zain feat Irfan Makki



Why this song??? Simple. Sebab lagu ni lirik dia bagus.. Membawa ke arah kebaikan. Ohh.. So cliche! Sebenarnya sbb saya suka arrangement yg Maher Zain buat dgn versi yang ini. Lagu ni mula-mula dinyanyikan oleh penyanyi klasik Naheed Akhter dalam filem Pehchaan (1975) dlm bahasa asalnya Urdu. Dan kemudiannya jadi 'folk songs' kepada masyarakat Pakistan. Ada banyak versi lain dalam Persian Language.. dinyanyikan oleh lelaki mahupun wanita. Tapi saya suka yang ini. No Doubt.

Top 2: Gadis Semasa by Yunalis Zarai



Suka! Suka! Memang suka lagu baru dari Yuna ni.. Lirik dia kena dengan keadaan FH sekarang. Oppss.. Bukan lah directly. Maksudnya utk lelaki2 yang memilih di luar sana.. Kadang2 you all tak perlukan gadis2 yg cantik.. meletop2.. dan terkini. Maybe gadis yg naif dan polos lebih sesuai buat anda.. Hoho.. (i'm not promoting myself okay).

Top 3. Kekanda Adindia by Atilia & MonoloQue



Manja. Kreatif. Dan gandingan yang aneh. Haha.. Suara Atilia punya la lembut macam kanak2 riang.. sekali bila MoloQue keluarkan suara 'macho' dia tu.. Semuanya perfect!. Dan tujuan lagu ini di hasilkan pun utk kes2 suami isteri yang maybe ada krisis dan sebenarnya utk nasehat mereka juga. Syabas! Ada gak lagu mainstream yg di hasilkan utk pasangan berkahwin. Barulah namanya keluar dari kotak. HUhu..

p/s: Apa lagu pujaan sirap anda?

Comments

  1. Saya suka lagu Kekanda Adinda ini dan juga Kalau Berpasangan - Ana Raffali & Sohaimi Mior Hassan. Saya kira lirik lagu Kalau Berpasangan baik sekali.

    ReplyDelete
  2. Ya!! Kalau Berpacaran tu mmg best!
    Suara Suhaimi Meor Hassan sangat macho...

    Tak sangka masih best selepas Epilog Cinta Dari Bromley.

    HUhuhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines