Kehinaan Manusia yang Tidak Solat di Zaman Nabi Musa

Salam readers..

Kisah ini diceritakan beberapa hari lalu kepada FH oleh adik FH sementara kami dalam salah satu perjalanan kami sepanjang bulan lepas.

Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ini tidak signifikan kerana ia terjadi beribu-ribu tahun dahulu semasa  Mesir menjadi peradaban teragung dunia dan Pyramid menjadi stuktur buatan manusia paling besar dan tinggi di dunia. 

Ketika zaman Nabi Musa, disyariatkan juga untuk umatnya menunaikan solat dan sujud kepada Allah. Ternyata hal ini pernah diceritakan seimbas semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj sewaktu 'perundingan' antara Nabi Muhammad s.a.w dan Allah s.w.t tentang jumlah bilangan solat yang perlu kita laksanakan setiap hari.



Petikan:

Diriwayatkan hadith dari Abi Syihab, daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: 
‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Difardukan (yakni, mewajibkan) Allah (a.w) atas umatku 50 waktu solat (sehari semalam). Maka kembali aku dengan demikian (perintah), sehingga datang aku atas Musa (a.s), maka berkata Musa (a.s): ‘Apakah mewajibkan Tuhan kamu atas umat kamu?’ 
Bersabda aku: ‘Diwajibkan atas umatku 50 solat.’ Berkata Musa (a.s): ‘Kembali kepada Tuhan kamu. Maka sesungguhnya umat kamu tidak mampu (mengerjakan) demikian (banyaknya solat).’ Maka kembali aku menemui Tuhanku, maka meletakkan (yakni, mengurangkan) separuh daripadanya. Maka kembali aku kepada Musa (a.s), maka mengkhabarkan aku mengenainya (apabila ditanya oleh Musa (a.s))
Maka berkata Musa (a.s): ‘Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu. Maka sesungguhnya umat kamu tidak mampu (mengerjakan) demikian banyak solat.’ Maka kembali aku menemui Tuhanku. Maka berfirman Allah (a.w): ‘Ini limasolat dan solat ini sama dengan 50 solat (yakni, ganjaran pahalanya). Tidak boleh diganti ucapan di sisiKu.’ 
Maka kembali aku kepada Musa (a.s). Maka berkata Musa (a.s): ‘Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu’ Maka bersabda aku: ‘Sungguh-sungguh malu aku dengan Tuhanku.’ 
[Hadith Ibnu Majah, Bab Solat] 

Cerita yang bakal FH tuliskan ini adalah kisah israiliyat oleh itu, jadikan intipatinya sebagai iktibar dan carilah sumber yang lebih jitu kalau ingin berhujah dengan nya. =)

Sewaktu zaman Nabi Musa terdapat seorang lelaki yang telah bernazar kerana sudah lama inginkan anak. Nazar nya berbunyi lebih kurang begini : 

"Jika ditakdirkan aku mendapat  anak, aku akan minum air kencing anjing hitam”.

Tidak lama selepas itu lelaki itu ditakdirkan mendapat anak. Selepas mendapat anak, dengan hati yang gundah gulana kerana terkenangkan nazarnya sebelum itu, beliau pergi berjumpa dengan Nabi Musa untuk mendapatkan nasihat. Adakah beliau benar-benar perlu minum air kencing anjing???

Apa kata Nabi Musa?? Lebih kurang begini bunyi nya..

"Tidak perlu kamu minum air kencing anjing hitam, tadah lah air dari bumbung rumah orang yang tidak solat"

What????

I mean....

What???

Ada juga riwayat lain yang menceritakan Nabi Musa menjawab begini;

"Ada air lain yang lebih hina. Minumlah air basuhan tangan orang yang tidak solat"

Still... What?????

Jadi ini membuatkan FH terfikir sejenak.. Betapa hina nya kedudukan manusia yang tidak solat jika dibandingkan dengan binatang.


Harus di ingat, ini berlaku ketika zaman Nabi Musa, dan ia adalah syariat bagi umatnya ketika itu. Kita adalah umat Nabi Muhammad dan harus mengikut syariat Nabi Muhammad s.a.w. 

Kalau masih kabur, tanyalah orang yang lebih tahu.. =)

Wallahua'lam..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines