Tangisan

Salam pembaca..

Hari ini entah hari ke berapa sejak beliau pergi. Semalam saya merasa hiba tiba-tiba semasa mengikuti kursus fotografi anjuran NikonClub. Mana tidaknya, kursus itu merupakan antara perbualan terakhir kami. Saya cuba menahan air mata. Malu juga kalau masa kursus tu menangis. Pelik pula di mata manusia.

Mata manusia, mampu mengalirkan air mata dalam beberapa keadaan tertentu. Paling mudah bila hati nya tersentuh baik kerana sedih ataupun gembira. Tapi kalau saya gembira, saya tak pernah lagi menangis. Saya jarang menangis kerana benda-benda penting seperti kematian, tapi masa telefon hilang dulu, Ya. Saya menangis tak henti-henti.

Saya selalu beranggapan yang saya hanya akan menangis kerana benda-benda yang kurang penting. Saya silap. Banyak yang saya belajar tentang diri saya sejak akhir-akhir ini. 

Iaitu saya tidak melawan kesedihan dengan sesuatu yang sementara seperti makan donat ataupun shopping. 

Saya sedar itu hanya distraction yang gagal merawat luka yang pedih di hati.

Saya juga kerap menganalisa apakah yang membuat angin saya mudah sahaja tersentuh. Saya mendapati bahawa rasa kesunyian semenjak Arwah tiada yang membuat saya paling sakit.

Saya tidak pernah merindui manusia sepertimana saya merindui Arwah. Saya sangat silap dalam perkara ini. Rasa rindu itu patutnya disalurkan kepada Tuhan yang Esa, bukan? Saya cuba mendidik diri saya dengan melawan kesepian ini dengan mengingati Allah.

Kadang kala ia berjaya, tapi saya sendiri yang gagal konsisten.

Saya memang hamba Allah yang gagal. 

Kadang kala saya rasa marah kerana Arwah pergi begitu sahaja. Itu juga silap BESAR kerana manusia tiada kawalan terhadap perkara yang berlaku ke atasnya. 

Manusia (baca: saya) selalu merasakan mempunyai 'kuasa' terhadap segala perancangan. Ada beza antara sikap optimis dengan tawakkal.

Bila kita merancang sesuatu, kita harus sentiasa berserah kepada Allah dalam setiap pelaksanaan.

Di sini lah saya silap. 

Saya seringkali beranggapan setiap perancangan saya sempurna, mungkin saya kurang rasa tawakkal di situ.

Ya. Kita harus optimis dengan segalanya.

Sifat meyakini yang Allah akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk kita, itu ialah Optimis bagi seorang muslim.

Sifat meyakini setiap perancangan yang sempurna pasti akan berjalan lancar, itu ialah tiada kebergantungan kepada Allah.

Manusia ini bukan sempurna. Tapi manusia tersangat unik.

Barangkali saya tidak akan berjumpa lagi dengan seseorang seperti Arwah, kerana keunikan setiap manusia itu yang tidak ada pada manusia lain, tetapi saya percaya saya akan berjumpa manusia unik lain yang telah ditetapkan oleh Allah bagi saya.

Itu lah formula terbaik yang direka khas oleh Maha Pencipta.

Wallahua'lam...





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines