Kerjaya seorang Dietitian di Malaysia

Salam readers!

Bagaimanakah Ahad kalian? Minggu ni FH baru sahaja menjalani Program Transformasi Minda sebagai salah satu syarat pengesahan jawatan. Dalam 5 hari ni banyak juga la yang FH belajar peraturan sebagai seorang penjawat awam yang mendukung misi dan visi kerajaan dan secara lebih spesifiknya, UiTM.

Like... Seriously. FH seorang penjawat awam? This is serious.

OMG.

Sebenarnya kali ni FH nak cerita serba sedikit mengenai kerjaya Pegawai Dietetik yang FH dah ceburi selama 3 tahun ni. Sebelum tu FH kerja sebagai Nutritionist sekejap so tak boleh la nak kira sebagai pengalaman.

Well, masa tahun 2006, hampir 10 tahun lepas masa mula-mula FH ambil course ni di UPM, dalam 20 orang hanya seorang yang tahu apa itu Dietitian atau Dietetik. Muka berkerut, geleng kepala tanda tidak tahu apo bondo tu. Even doktor pun (especially seniors) masih tak dapat membezakan fungsi Dietitian dan Nutritionist.

Tapi Alhamdulillah sekarang ni bila sebut je kebanyakan respon nya begini

Oooo.. Dietitian

Bagi sudut kami yang dalam bidang ni, itu adalah satu kelegaan kerana akhirnya masyarakat dah mula sedar kewujudan kami. Tapi satu sudut lain pula, adakah itu bermakna makin ramai yang kena refer jumpa dietitian kerana penyakit mereka?

Errrkkk...

Mengikut kamus online:                       Dietitian : An expert on diet and nutrition

Ringkas sangat tu pengertian tapi it pretty much covers everything.

Di Malaysia, bidang ni agak muda. Less than 50 years kewujudannya dan Universiti Kebangsaan Malaysia ialah universiti tempatan pertama yang melahirkan graduan dalam bidang ni pada tahun 80-an.

In bermaksud, kalau yang belajar dalam bidang ini sebelum tahun 80-an, ialah dari universiti di luar negara. Singapura dan Brunei pula tidak menawarkan kursus Dietetik di universiti mereka, jadi Dietitian yang bertugas di hospital mereka ialah diimport daripada Malaysia dan beberapa negara lain. Menarik, kan?

Tipikal orang Malaysia bila tanya pasal belajar apa, soalan seterusnya akan tanya, nanti boleh kerja apa? Jadi mari FH cerita serba sedikit apakah prospek kerjaya seorang graduan Dietetik.

#1 Pegawai Dietetik Klinikal
Mengikut anggaran FH, di Malaysia ni paling ramai bekerja dalam bidang klinikal. Bidang klinikal bermaksud berkhidmat di hospital kerajaan ataupun swasta untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Sekurang-kurangnya, mesti ada satu Dietitian yang bertugas. Perkhidmatan in-patient ini contohnya, bed-side counseling, dan membuat perskripsi bagi oral nutrition supplement dan enteral feeding (pemberian makanan melalui tiub).

#2 Pegawai Dietetik di Klinik Out-Patient
Ada juga sesetengah graduan yang bekerja di klinik yang menawarkan khidmat rundingan kaunseling kepada pesakit mereka. Klinik yang dimaksudkan ialah Klinik Kesihatan ataupun klinik swasta. Di sini, disamping memberikan kaunseling mereka juga terlibat dengan program promosi kesihatan yang lain. Bagi sesetengah klinik kesihatan kerajaan, mereka juga perlu membuat lawatan rumah ke rumah bagi pesakit yang memerlukan pemantauan enteral feeding.

#3 Pegawai Dietetik Katering
Di setiap hospital mesti ada pihak pembekal makanan kan? Jadi setiap syarikat yang hendak membekalkan katering hendaklah mempunyai seorang Pegawai Dietetik yang bertindak sebagai penyelia dalam penyediaan makanan pesakit dari sudut portion, resepi dan sebagainya. Bagi FH, tugas dietitian katering ni memerlukan banyak kekuatan fizikal dan masa ni memang paling kurus lah. FH pernah kerja sebulan dan turun 5 kg! Haha.. Adakah FH patut kembali bekerja sebagai Catering Dietitian?

Bukan sahaja bagi pembekal makanan di hospital, tetapi ada juga syarikat katering lain seperti MAS Catering yang juga memerlukan Dietitian untuk menguruskan menu passanger dan sebagainya. Paling baru, Dietitian yang menyediakan menu khas untuk syarikat yang menyediakan makanan dan menu secara pakej selama sebulan. Bagi FH, sepatutnya Dietitian patut menjadi consultant kepada syarikat begitu supaya dapat memantau sejauh mana menu tersebut bersesuian dengan pelanggan.

#4 Pegawai Dietetik di Institut Sukan
Setiap sekolah sukan ataupun institut sukan seperti Institut Sukan Negara (ISN) juga menawarkan jawatan Pegawai Dietetik. Menurut fahaman FH, tugas mereka ialah merangka diet bagi atlit yang menjalani persediaan untuk sukan tertentu. Kadang-kadang ada juga yang ikut kontijen negara ke temasya ataupun kejohanan.

#5 Pegawai Dietetik dalam bidang research
Selain daripada mereka yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang dietetik ke peringkat Master dan PhD terdapat juga beberapa institusi seperti Institut Kesihatan Umum (IKU) yang menawarkan jawatan dalam bidang kajian samada tetap atau kontrak. Selain daripada itu juga boleh menjadi research assistant kepada pensyarah yang sedang menjalankan kajian dalam bidang dietetik.

#6 Pegawai Dietetik/ Clinical Instructor (CI)
Ini salah satu cabang baru bidang Dietetik di mana universiti diwajibkan menghantar pelajar yang sedang menjalani latihan klinikal di hospital diletakkan di bawah penyeliaan CI Universiti. Inilah kerja FH sekarang. Setiap tahun dari Februari-Jun FH akan menyelia student di hospital. Disebabkan FH masih single dan tiada komitmen, jadi FH sengaja pilih untuk ke Sarawak, JB, Kuantan dan tahun depan, ke Alor Setar untuk menyelia student. Yang seronoknya bila menjadi CI, kita dapat praktis kan kerjaya sebagai seorang Dietitian dan dalam masa yang sama, berkongsi ilmu dengan pelajar. Juga, dapat meronda satu Malaysia. Hehehehe.

Kerjaya yang FH sebutkan di atas ialah bagi jawatan yang dinamakan sebagai Pegawai Dietetik. Namun, harus kita ingat tak semestinya kita ni akan kerja dengan jawatan Pegawai Dietetik sahaja, kalau belum rezeki nak dapat kerja sebagai Dietitian, ada beberapa pilihan yang ramai juga dah kerja termasuklah FH sendiri.

#7 Nutritionist
Kerjaya nutritionist ni lebih luas di Malaysia. Antaranya di syarikat yang menjual produk kesihatan seperti GNC, Herbalife, Himalaya, produk fitness seperti Ergo Nutrition, produk jus kesihatan seperti La Juiceria, dan juga produk susu seperti Anlene dan Dutch Lady. Selain daripada itu, beberapa farmasi seperti Guardian, Watson, Wellness juga memerlukan pekerja yang berpengetahuan dalam bidang pemakanan bagi menjaga bahagian supplemen bagi meningkatkan jualan. Macam FH, dulu FH kerja di Aeon Wellness selama setahun setengah. Drawback nya bila kerja retail, kita kerja ikut shift. Jadi kita kena biasakan diri dengan jadual kerja yang bekerja pada hujung minggu dan public holiday.
Di sektor swasta, graduan dietetik boleh menjadi nutritionist, tapi untuk sektor kerajaan, graduan dietetik akan disalurkan permohonan ke jawatan pegawai dietetik.

#7 Nutrition Representative/Sales Representative
Bagi yang berminat dalam bidang marketing dan ada skill tertentu dalam jualan, adalah digalakkan menjadi Sales Rep kepada syarikat yang menjual produk kesihatan. FH respect mereka yang pilih kerjaya sebagai Nutrition Rep atau Sales Rep ni sebab mereka perlu ada keyakinan yang tinggi dalam meyakinkan pelanggan.

Sales rep ini tugasnya kepada memberi pengetahuan tentang produk samada kepada customer ataupun penjual.

#8 Dietitian Fitness
Ini satu bidang baru di mana seorang Dietitian terlibat dalam aktiviti kecergasan contohnya Jom Kurus 1 Malaysia dan Jom Fit macam beberapa orang sahabat FH yang menjadi Team Leader beberapa kawasan atau zon. Bagi FH perkara ini sangat bagus kerana siapa lagi yang patut berkongsi maklumat yang betul mengenai pemakanan kepada peserta melainkan orang yg ahli dalam bidangnya kan? Salah satu subjek yang diajar di universiti juga ialah Sport Nutrition jadi memang bidang kecergasan ni berkait rapan dengan diet. Memandangkan fitness sekarang ialah satu sahutan yang disambut dengan baik sekali oleh rakyat Malaysia, adik-adik boleh cuba ceburi bidang ini dan kumpul pengalaman. Mana tahu boleh hasilkan buku macam kawan FH si Keyo aka Khairul Azuan aka Khairul Dietitian tu. 


Sebagai penutup, satu perkara yang FH nak pesan kepada graduan dan bakal pelajar bidang Dietetik ni, walaupun bidang ini kelihatan kecil skopnya di Malaysia, peluang untuk bekerja adalah terpulang kepada bagaimana kita membawa diri kita dalam pasaran. Selain daripada menghadap buku dan facebook/instagram 24 jam, bergiat aktif dalam persatuan memang banyak membantu membentuk diri kita sebagai manusia yang tahu cara membawa diri dalam masyarakat. Sia-sia je belajar 4 tahun dekat universiti tapi cara jawab telefon pun tak reti. Satu lagi, belajar cara komunikasi yang betul dengan pensyarah, supaya tidak menggunakan ejaan yang pelik pelik dalam whatsapp. 

Akhir sekali, FH ada tonton Beyond Translation tadi di Astro, rancangan oleh Mizz Nina masa dia menemubual Fellow Islamic Studies, Oxford University, Dr Afifi Al-Akiti. Dr Afifi berkongsi mengenai 6 Pesanan Imam Syafie:

1) Take care of your quick mind
2) Have a zeal/passion for knowledge
3) Iftikar. Be humble
4) Go beyond your comfort zone
5) Have the teachers' inspiration
6) Have a long life

Sekian, Wassalam.


p/s: Adik-adik ada sebarang persoalan mengenai kerjaya Dietitian? Sila rujuk cara untuk hubungi FH di link disediakan. Thanks!

Comments

  1. Dr. Afifi al-Akiti ada pertalian dengan Fadli al-Akiti ke? Are they family related?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..

      Mengikut sumber yang diyakini, mereka adik beradik. :)

      Delete
  2. So weird - My name is also Farah Hanani and Im a hospital catering dietitian in Brunei. Stumbled across ur blog while looking for a related job in malaysia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Seriously! This is beyond weird. There can't be double FH in Dietetics. Lol.

      Are u looking for job in Malaysia? My friends circulate few vacancies in Malaysia. Which year u graduated and from where?

      Delete
  3. If work as a retailer first maybe 1 or 2 years...after that want to jump in to quality assurance QA food industries. U have any suggestion coz my friend is a fresh graduate nutritionist. She doesnt like selling products. Either theres a job for fresh graduates in QA that ne nice but seemly hard to find . Theres only retail. Is it possible working in retail then want to work as QA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. one of my good friend, she work as a QA exec even with Dietetics degree.

      You can try working in food related factory as QA. I once tried looking for job as QA exec in Ramly Burger, (i know, that sort of betraying the principles. But at that time, I just want to get a job so I went for it) u need to be convincing enough so they will hire you even though you are not a food tech graduates. You know, some basics in biochemistry and stuff.

      Its just how u sell yourself in the interview. They must believe that u can do the job. Training will come after. They always willing to train u on the machines and SOP.

      Delete
  4. Hye sis, nak tanya kiranya kalau nutritionist ni tak boleh kerja kat hospital kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nutritionist job scope nya lebih kepada komuniti. Jadi mungkin lebih ramai di Klinik Kesihatan dan kalau di hospital, lebih kepada Pegawai Penerangan.

      Delete
  5. Sis,saya baru dapat offer bachelor in dietetics dekat ukm. tapi untuk empat tahun akan datang saya risau peluang kerja tu makin kurang. would u like to give me some advice? sama ada nak further in dietetics atau tak? Sebab ada jugak dapat tawaran bachelor in environmental management dekat UM. Sangat dilema. Harap sis dapat bantu. Thank you in advance

    ReplyDelete
  6. I'd just got offer for bachelor in dietetics at UiTM , and i still doubt to accept the offer . agak risau if the chance utk dapat kerja tu tipis lps grad. vacancies dkt hospital pun tak banyak as they hanya ambil about 2 people untuk pegawai dietetic with U41 . memang job opportunities dkt malaysia ni sikit ke dlm bidang ni ? Saya agak risau klau2 lps grad saya fakde kerja. Plis bg pendapat awak FH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,
      that was also my dad's concern 10 years ago. What I see is this career is expanding rather than saturated. You can learn any courses, but if it wasn't your thing, you will not enjoy and get the gist of it. Dietetik ni luas. Yang saya senaraikan tu pn dah 8 jenis kerjaya berkaitan. Dalam apa kerja pun, yg penting bagaimana awak bawa diri. Good luck!

      Delete
  7. Sis nak tanya, cth la kn klau diploma dari bidang lain(bkn medic) try apply utk bachelor in dietetics ni rsenya dpt ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat.. Sebab students saya ada yg from Diploma Sains, Diploma Farmasi mohon dan dapat.

      Delete
  8. assalam.. boleh sy tanya soalan scr private message ke dgn awk, FH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sure. Boleh. Di atas ada link untuk : Contact FH

      Delete
  9. hii and salam kak fh. saya baru je jinak2 search pasal dietetik ni. and suddenly jadi tertarik. saya baru je umur 17 thn. nak amik spm lebih kurang lagi 2 mggu je 😂 hahaha. so kak saya nak tanya kalau saya nak get into this kerjaya, how i wanna approach it? nak follow up course apa dekat u or matrik nnt? result spm pulak kena gempak ke em. ha tu je kak saya nak tanya. harap kak FH reply 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Piqah,

      Masa matrik, kena ambil Sains Hayat, jadi masa SPM eloknya daripada Aliran Sains (Biologi, Kimia, Fizik). Pointer Matrik kena 3.0 ke atas.

      Harap dapat membantu. =)

      Delete
  10. Hai Kak FH! saya siswi dietetik Uitm part 1. Thanks for this post. sdg mencari motivasi untuk belajar and stumbled on your blog, haha. btw, i'm really interested in becoming a Sport RD. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Eloise.
      Thanks for reading my blog.
      Good luck in your Study. Maybe you'll meet me in your 3rd year or 4th year.

      p/s: I am your Clinical Instructor ;)

      Delete
    2. hahahah da jumpa tak masa 3rd + 4th year? ;P

      p/s: ex student diet uitm

      Delete
    3. hahahaha . da jmpa tak 3rd + 4th year ni? ;P

      Delete
    4. Bestnya jumpe senior! Saya dietetic uitm part 3 bulan oct ni!

      Delete
  11. can I know what subjects will we learn throughout the degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nur Aisyah,

      the subjects are quite varies among universities. But you can always check it at the website. That's what I did, some 12 years ago... I browse their websites. =)

      Delete
  12. hai FH...
    tq utk info yg sgt membantu...
    nak tanya, utk course bachelor in dietetics ni kn, ada pjj ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Pika,

      Setahu saya, tak ada kalau peringkat Degree. Tapi peringkat Master ada.. Separuh Masa

      Delete
  13. Sis, I currently study in UPM ASPER 2017/2018 and now my 2nd sem here. Can i know what is minimum requirement (cgpa) for bachelor of science dietitics in UPM? #dilemmarightnow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aamal,

      If I'm not mistaken the minimum CGPA is 3.5

      Delete
  14. Assalamualaikum akak. .Saya nak tnya, saya student matriks, in pspm1 saya dapt pointer 3.32,dn kini hampir nk habis sem 2,rasanya layak ke saya nk dapt course ni? Dlm upu online, memg ditawarkan.. Tpi saya takut skadar min requirement je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Sesetengah universiti perlukan juga awak hadiri temuduga. Maksudnya mereka akan tengok juga peribadi anda sesuai tak sebagai Dietitian.

      Jadi, kalau betul nak apply course ni, letak lah sebagai pilihan pertama. Tapi kerisauan awak tu logik juga, sebab takut tak lepas even for minimum. All the best for 2nd sem!!

      Delete
  15. Ape beza dietitian dgn nutritionist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nutritionist bidangnya lebih kepada: research, public awareness on healthy diet, industry, quality control, public education.

      Dietitian pula, lebih kepada klinikal (in hospital), educate pesakit, kaunseling pesakit, terapi diet yang sesuai dengan pesakit, katering di hospital, semua yang menjurus kepada penjagaan seorang pesakit yang telah di diagnosed apa-apa penyakit.

      Delete
  16. Hai. Graduan dietik also can be a nutritionist right ? But nutritionist cant be a dietiton. So graduan dietetik boleh apply kerja untuk jadi nutritionist for sales like in nestle, dutch lady etc.. Am i right ?

    ReplyDelete
  17. How was the interview for dietetic course?would you share some tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honestly I dont know coz my uni didnt conduct the interview for our new intakes. But I can ask around for you and update later ya...

      Delete
    2. Hai kak, can i sharing and asking some things in personal? How

      Delete
    3. Kak, can i ask you personal? How?

      Delete
    4. Hai Tata, please find my contact number in the link above. Thanks

      Delete
  18. Cne haluan kerjaya setelah graduasi ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa telah jelas di atas. Selepas graduasi, submit la resume banyak-banyak ke mana-mana jawatan kosong yang ditawarkan. =)

      Delete
  19. Assalam akak , nak jadi dietitian ni pointer kena 3.00 ke atas ka ? saya dapat diploma food service di uitm penang , agak-agak boleh tak sambung ke dietetik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh.

      Ya.. pointer kena 3.00 ke atas

      Delete
  20. Assalamualaikum akak. Kalau foodtech pulak mcm mna eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Wonggg,

      Maaf saya tak berapa pasti bidang foodtech. Cuma, sefaham saya, bidang Foodtech ni lebih kepada bahagian Research & Development produk makanan tu.

      Delete
  21. assalamualaikum akak, saya pljr tingkatan5 dn dan dalam proses siapkn folio kerjaya. saya agk berminat dgn kerjaya dietitian. boleh saya tnya akak a few question personally? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Sure boleh. Klik link kat atas untuk cara hubungi saya ya.. =)

      Delete
  22. assalammualaikum akak, saya amik kos nutrition and community health di UPM. Soalan saya, nutrionist dan dietetian meluas tak pekerjaannya?? mksd saya nak dapat kerja tu senang ke tak ? ramai ke graduan dari diet and nutri ni yang menganggur setelah graduate??

    saya lelaki nak tanya gaji lumayan tak kalau kerja nanti..risau kot! ye la lelaki mesti lah kena gaji besaar nak tampung anak bini semua tu lagi, sekarang umah dah la mahal, takkan nk sewa jee, kalau boleh nak elak hutang!! ye la nanti anak tengok parent dia xde duit berhutang kan dah bagi contoh tak baik untuk anak2 ~~~~~~

    jawab ye soalan saya tuuuu..mekasehh !!! @_@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau awak tak dapat kerja makan gaji, boleh la buat kerja sendiri secara freelance ke apa. Banyak Coach Pemakanan sekarang yang buat coaching berbayar tapi sebenarnya mereka bukannya background nutrition and diet pun.

      Dari segi statistik pengangguran tu tak dapat nak dipastikan.

      Kalau tak dapat kerja dalam bidang nutrition, boleh juga kerja bidang lain kan? Asalkan rezeki halal...

      Delete
  23. assalamualaikum. Boleh saya dapatkan emel address akak sbb saya nak tanya a few questions untuk assignment saya. saya afiqah student journalism uitm Shah Alam. Thank you so much akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.

      Rasanya ada tab Contact FH di atas tu untuk cara-cara contact saya.. =)

      Anyway, boleh email saya di farahanani.amir@gmail.com

      Delete
  24. Salam sis. First of all sorry for the weird nickname 😂 sy pelajar matrik yg lgi 2 hri nk mula sem 2. Sy berminat dgn kerjaya ni tpi sy nak thu lepas graduate dri program dietetik ni ada ke hospital kerajaan yg akn ambil kita bekerja atau kita sendiri yg perlu approach mana2 tmpat utk dptkan pekerjaan? Tq for ur time. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Ada. kalau kita lulus temuduga dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. =)

      Delete
  25. Salam. Saya ingin bertanya bagi pihak adik saya yang mempunyai impian untuk menceburi bidang dietetik ni. Tapi badan dia agak berisi or obesiti. Boleh ke dia mencebiri bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      Ada sesetengah universiti memang ada tapisan dari segi personaliti. Boleh cuba apply mohon, dan mana tahu ada rezeki, boleh la jadi pelajar dan cuba capai berat badan normal masa tempoh 4 tahun belajar tu. =)

      Delete
  26. Halo miss.. Sya berminat la dgn dietitian ni. Sy student form 5 thun ni, hehe..jdi sy mw buat sy pnya folio kerjaya.. Bole tolg sy ntk bgtau secara detail lg ka pathway mw jdi dietitian lps spm ni😊

    ReplyDelete
  27. Assalam sis,kalau nk jd pegawai dietetik klinikal(hospital) kene sambung blaj smpai mne??kalau smpai dgree je xleh jd dietitian ke??

    ReplyDelete
  28. Perkongsian info yang ringkas dan senang difahami oleh semua golongan. Tajuk ini sangat menarik untuk di bincangkan. Untuk lebih memahami dengan teliti lagi anda semua boleh melayari laman sesawang from this source ini kerana terdapat maklumat mengenai penulisan esei. Ia adalah yang terbaik sekali dan berguna. Terima kasih di atas perkongsian yang menarik ini.

    ReplyDelete
  29. Nk ig or email.sbb nk contact akak??

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum, saya nak tanya saya lepasan diploma sains kejurulatihan jika saya ingin menyambung pengajian ke kursus dietetik ini, institut mana yang menyediakan kursus ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 8 universiti di Malaysia yg menawarkan kursus ini. boleh check ya..

      Delete
  31. Hye kak sye lepasan spm and sedang tunggu result.. sye dh kaji sikit about dietetik niyh.. cikgu sye pun recommend course niy .. tpi spm sye x amik subject biology..is tht okay to further my study in this course?

    For science stream sye just amik addmth.chemist and physics ..

    Any diploma suggestion?

    ReplyDelete
  32. Hi Kak, saya merupakan lepasan matrikulasi😀 Saya mendapat pointer 3.33 dan tk yakin dgn pilihan saya untuk memilih UKM sebagai pilihan 1 hingga ke-3, dan pilihan pertama saya Dietik kak ada apa apa nasihat ttg pilihan saya?

    ReplyDelete
  33. Hi kak, if I am graduating in food science course (bachelor), and I wanted to pursue my study in master in nutrition, do you think it is possible? Or I need to take another bachelor degree in nutrition?

    Thankyou in advance kak for your answer.

    ReplyDelete
  34. Hi kak, if I am graduating in food science course (bachelor), and I wanted to pursue my study in master in nutrition, do you think it is possible? Or I need to take another bachelor degree in nutrition?

    Thankyou in advance kak for your answer.

    ReplyDelete
  35. Hai kak.. Nak tanyaa.. Kalau student degree in biochemistry bole ke jadi dietitian? Atau dia kena sambung master dlm bidang tu baru boleh jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sambung degree sebab perlu ada clinical hours tu baru cukup syarat sebagai dietitian di Malaysia

      Delete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines