Posts

Showing posts from 2009

Seni Memakan

Image
Ada seorang housemates aku nih.. Selalu cakap kat aku: "Akak suka tengok awak makan sebab cara awak makan tu nampak macam makanan tu sedap sangat". Dan aku pun terfikir dalam hati... "Really???"  Aku masih belum perasan lagi perkara itu hinggalah ada seorang lagi kawan tegur yg kebanyakan profile picture di FaceBook aku adalah semasa makan... Gosh... Aku ni memang gila makan ke??? Aku pernah terdengar akak exco kat Maahad dulu pernah pesan.. Beliau kata kalau kita nak makan.. kita kena khusyu'.. Kemudian barulah kita dapat menikmati makanan tersebut.  Memang betul kata-kata beliau. Jadi sejak itu aku memang makan dengan penuh nikmat. Kerana setiap kali kita makan, ia adalah rezeki dari Allah. Jadi kita perlu bersyukur dengan pemberian itu.. ^__^ Ni dekat Noodle Station @ Kota Bharu Enjoying Cendol @ Tasik Titiwangsa , Kuala Lumpur Kek Hari Lahir bersama my BFF (Best Friend Forever) @ Giant Batu Caves Have a coffee @ IKEA, Damansara ...

Saya ingin...

Image
[[Berikut adalah luahan hati semata2.. tiada kaitan dgn sesiapa samada yang hidup mahupun  di alam barzakh.. Jangan fikir bukan2 yer lepas baca.. Eheh..]] Manusia ada macam2 keinginan  di dalam hati mereka . Samada suatu keinginan itu bersifat objektif ataupn subjektif.. Modus operandi nye agak tipikal demi mendapatkan keinginan mereka.  Saya juga punyai beribu keinginan .. Namun keinginan yang satu ini adalah antara yg paling kerap bermain dalam fikiran saya terutama sejak akhir2 ini.. Mengapa sejak akhir2 ini??? kerana ramai benar individu yang saya kenali sejak kecil telah melangsungkan perkahwinan mereka.. Ok.. ChOOppp! Perkahwinan?? Biar betul.. Berapa ye umur saya nak fikir pasal kahwin ni??? Erm.. 22.. lagi 3 bulan masuk aa 23 tahun. .  Hurm.. Let me get this straight.. Saya belum pun lepas usia 25 tahun (umur paling ideal utk kahwin sbb Rasulullah pn kawen masa umur ni), jadi mengapa saya selalu fikir kannya??? Ohh tidak... Sebenarnya saya lebih ...

ANugerah daripada....

Image
And the award goes to...   http:// farahanani.blogspot.com hoho.. x pernah dapat award.. Terima KAsih Kepada... Pereka Cerita

Senarai 5: Panduan membeli dan belah di BUNDLE

Image
B.U.N.D.L.E.  = Bukan Untuk Nak (show-off) Duit Lebih Engkau Itulah BUNDLE.   Sebuah institusi yang menyama-rata kan semua taraf masyarakat. Yang tak berapa nak ada duit kini mampu beli baju BANANA REPUBLIC atau FOREVER 21 .. Yang terlebih duit boleh beli hampir 100 helai baju sekaligus. Banyak persepsi masyarakat terhadap BUNDLE ni. Yang -ve .. Baju lama lah.. Baju buruk lah.. Yang +ve .. (macam aku ni).. Inilah peluang tambah koleksi baju dalam wardrobe.  Walau apa2 pun persepsi anda terhadap BUNDLE.. Kalau nak beli..kena pandai memilih.. atau bak kata orang Minang: "the art of choosing the right item" . haha.. Jadi bagi aku yang agak rajin singgah kedai BUNDLE ni.. nak bagi tips sedikit.. No. 1 Mula2 sekali tengok layout kedai/gerai pasar malam BUNDLE tu . Ni penting supaya anda tak susah kena belek keseluruhan kedai tu untuk carik sehelai skirt jeans atau jacket. Dan juga penting untuk anda perhatikan kalau2 kedai tu bersih or tidak. Kedai yang bagus iala...

Harta Karun Lezato [Part 9]

Tidak berkunci rupanya. Mereka berdua pun masuk ke dalam bilik yang kesemua perabot dan hiasannya berwarna merah. Larra sedang menatap gambar perkahwinannya bersama Lezato 20 tahun dahulu. “Mimi..” Rossa memanggil Larra. Mimi merupakan panggilan yang membawa maksud Puan bagi masyarakat Silhouette. “Kami sangat bahagia. Lezato tidak pernah memarahi daku kerana daku tidak tahu memasak. Dia sangat pandai memasak Spagetti Carbunara. Mengapa dia dibunuh dengan kejam?” Larra mengusap gambar yang tertera gambar dia dan Lezato yang tersengih lebar. “Kami percaya kejadian ini merupakan satu jenayah yang disengajakan..” Pemuda mula menyusun kata. Dia mengenyit mata kepada Rossa agar Rossa turut serta dalam permainanya. Rossa memahami maksudnya itu. “Err.. Kami ingin bertanya.. Adakah apa-apa barang Mimi dan Mister Lezato yang telah hilang? Apa-apa yang sangat berharga hingga nyawa Mister Lezato menjadi korbannya?” Rossa menyambung kata. Larra berfikir seketika. “Ada.. Kotak pusaka keluarga ...

Persandingan: Aku tertanya-tanya....

Waktu kecil.. Umi dan Abah selalu berpesan.. jangan utama kan adat.. Ibadat itu paling utama. Terutamanya dalam memulakan sesuatu pekerjaan atau amalan. Setiap kali kami pergi majlis perkahwinan sesiapa pun, umi dan abah akan mengeluarkan skrip yang sama : "Jangan bersanding masa kau nak kahwin nanti. Bersanding ni adat o rang Hindu.." Jadi tak pernah tertanam dalam diri sewaktu majlis perkahwinan ku nanti akan wujud upacara bersanding. (memang berkesan sesi brain wash Umi & Abah ni..) Tapi semakin aku membesar.. dan melihat bermacam2 perkara. aku jadi tertanya2 sejauh mana kebenaran dan rasional di sebalik adat bersanding dan bermacam2 adat lain sewaktu majlis perkahwinan..   “Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkahwinan. Lalu beliau berdiri lama-lama degan gembira, seraya berkata: “Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai”  (Hadis Riwayat Bukhari) Aku bukan ...

Senarai 5: Pesan Nenek (Pantang Larang Melayu)

Image
Musim perayaan datang lagi.. Masa inilah sanak saudara berkumpul. Walaupun mungkin x semeriah sambutan Aidil Fitri.. Namun Aidil Adha tetap memberikan makna tersendiri pada setiap insan. Bagi yang pernah menunaikan ibadah haji.. Ketika inilah saatnya terbayang2 kan Kaabah melambai untuk menziarah kembali. Bagi yang selalu menyertai aktiviti melapah daging.. Inilah saat yang di tunggu untuk terlibat dalam sebuah acara bersejarah dan berdarah ini.. (serius.. mmg banyak darah..) Dalam bertemu dengan sanak saudara yang lebih tua.. Tidak dapat tidak kita pasti akan terdengar soseh2 orang berusia mengenai ribuan pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu yang meramal pelbagai perkara pelik jika dilakukan.. Saya yang selalu cuba mencari fakta disebalik sebuah lagenda.. cuba merungkai apa sebenarnya tujuan mereka (atuk dan nenek) mereka segala pantang larang ini. Pertama: Larangan kepada anak dara untuk duduk di tangga rumah. Masa pertama kali dengar.. memang takut sebab nenek kata ...

That's a wrap for IPD in Kuala Terengganu..

Alhamdulillah.. Finally I reach my home sweet home in Kampung Puah.. I still cant believe I'm in KL till I step upon my door and seeing KeBuN and CAR waiting for me.. KeBuN.. which is my new BF.. will soon bring me everywhere under the sun and be my new companion.. and CAR.. My Umi's 850cc Kancil is now Maroon-colored.. Which makes me wonder.. Why Maroon?? Haha... My Abah chose that color.. Even we know his favourite was Green.. Terengganu was a calm state.. Most probably because it have lots of beaches and the hospital were I finishes most of my day time is situated at front of Batu Burok Beaches.. Batu Burok probably not the best representative for Terengganu Beaches.. But I already satisfied with the Song of Waves that flooded in my ears whenever I went to the wards situated nearer to the beach.. All the tense will fade away and clearing all my tense.. I am so grateful to get the chances to finish my 2nd In-Patient-Dietetics Internship in Hospital Sultanah Nur Zahirah.. ...

Digging Deeper..

I always happened to be very confused with my own life and my own feelings. Why should I?? Gosh... Why am I thinking in a very primitively complicated way as such? If it was meant to me to like or just have a crush on somebody.. What should I do next? As in my previous history.. I just let it be and act as nothing happen. And why on earth I should be bothered with these things in my mind? Yes.. this guy is quite appealing and that's it. He doesn't meet much criterion that I ought for to be called as my "Prince Charming"... But I meet him everyday at my workplace and all those crazy things flooding in my brain and making me mad.. all over him again. Yes he did shows some interest on me. I can sense that even it's not in the most obvious manner a guy would show.. and even making me myself confused with my own judgement.. Haha.. I am trying hardly to sort my self out of this.. Why try hardly? Coz this crazy feeling might only be the outcome of some loneliness deep i...

Senarai 5: Kelemahan Perempuan

Image
Wawawawa... Bias nye saya bila saya nak tulis senarai 5 ni.. tapi berdasarkan pemerhatian saya terhadap kaum Hawa ini (bermakna termasuk lah saya sendiri).. ini lah hasil yang saya dapat kongsi bersama rakan2 tetamu blog ini sekalian... Oleh itu... Saya persembahkan kepada anda sekalian.... Senarai 5: Kelemahan Perempuan Nombor 1: Lokasi dan kedudukan Haha... memang mengelirukan.. Kalau duduk dalam bangunan.. kami memang mudah konfius dengan kedudukan perkara yg di luar bangunan. Arah timur ke.. barat ke.. semua jadi lintang pukang. Misal kata kita tengah berbicara pasal kedudukan Maju Junction dari arah Sogo. Masa tu kita betul kat depan pintu kat dalam kedai roti kt Lower Ground tu dan menghadap ke arah Dunkin Donut.. Jadi kat mana kah Maju Junction??? Jawapan nya... Hahaha.. Fikir lah sendiri.. Agaknya otak wanita memang dah di patent kan utk menjadi lemah dalam hal ini.. Kerana itu wujud lah lelaki dan otak mereka yg x konfius dengan benda2 macam ini.So lain kali dah tahu.. Kal...

Kapan Lagi...

Image
Aaaaaaaaaaaaaaaaaa! Boleh saya jerit lagi?? Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Nak jerit lagi sekali? Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Saya tak tahu bagaimana kah hidup yang stress itu sehingga lah saya melalui saat praktikal ini. Setiap hari saya merasakan tekanan yang teramat hanya kerana saya merasakan selama ini apa yang telah saya pelajari hanyalah sia-sia. Sia-sia kah??? Define word sia-sia please... Ya.. Sia-sia bila segala yang lecturer ajari saya.. seolah-olah tidak melekat di dalam kepala saya. Jadi saya buat apa selama 3 tahun yang lepas di universiti ni??? Rasa macam dah buat macam2 benda.. Tapi kenapa tak menjadi juga??? Saya tak cukup usaha ke? Itu mungkin.. Tak cukup ikhlas ke saya belajar?? Inilah impian saya selama ini.. Atau.. ini adalah impian yg bukan sebenarnya? Jadi.. saya tak sesuai dengan bidang ini kah?? Kebolehan saya tidak mencapai keperluan dalam bidang ini kah? Saya patut tukar bidang lain kah?? Patut kah??? Seorang sahabat...

Kesangsian Pemikiran

Image
Dialog 1 : Ibu: Kakak.. Your father is going to meeting in East Malaysia. He's going with his boss, unmarried 30 year old lady. Ana k : OMG.. Is her prettier than you Mom? Ibu : Your father have introduced her to me.. She's kinda chubby.  An ak : LOL.. Just dont worry ya.. Everything's going to be fine. Ibu : I know.. But I still feel uneasy. Anything could happen.  Anak : Just call father often and say to him that you love him a lot.. Okay? Dialog 2: Kakak : Hey.. Whats up.. Our father is going to meeting with a single ladies. Only two of them.. Adik : Gosh.. Are they sitting next to each other in the flight? Kakak : I dont know. But dont worry.. Mom said she's a bit chubby. Adik : Just pray to Allah to protect our father than any bad things.. Okay? Kakak : I do.. But our mom is getting very awry about this..  Adik : Hopefully nothing happen. Dialog 3 : Suami : Dear, I'm going outstation for 1 week. Isteri : 1 week? Why is it so long? I dont...

Senarai 10: Rakyat Malaysia Wajib Pergi (p1)

Image
Siapa mengaku dia rakyat Malaysia?? Kalau belum pergi tempat2 ni baik jangan mengaku kerakyatan Malaysia.. Kalau tak dapat pergi semua pun.. Sekurang-kurangnya pernah pergi salah dua tempat2 yang ada dalam list ini.. Huhu... Wahai tetamu2 ku.. Berikut adalah senarai 10 dari ku mengenai " Tempat yang Rakyat Malaysia WAJIB Pergi ".. Selamat Meneroka.... Nombor Satu: Kompleks Lembah Bujang, Sg Merbok, Kedah Candi@Surau@Rumah@Tandas?? Semuanya boleh jadi. Tapi yang pasti ia salah satu tapak ekskavasi terbesar di Negara kita yang masih lagi belum habis di teroka para arkeologi. Kebenaran tentang status sebenar kawasan itu dan agama penduduknya masih lagi jadi perdebatan para pengkaji sejarah, tapi kalau sampai sekarang pun kita tak pergi lihat secara dekat, kita jadi buta sejarah, beb. Piramid semua pakat nak lawat.. Lembah Bujang yang dekat ni dipandang sebelah mata jer.. Mai pakat pegi Lembah Bujang, pastu singgah beli ikan masin kat Tanjung Dawai, pastu boleh singgah ...

Harta Karun Lezato [Part 8]

Bab 4: Harta Karun Lezato “Jadi Mimi Larra memang tidak melihat kejadian pembunuhan itu berlaku?” Seorang anggota keselamatan kota yang beruniform menyoal sambil tulisan timbul di atas buku catatannya tanpa dia perlu menulis sendiri. “Tidak.. Daku sedang berlatih vokal di bilik sebelah sementara Lezato sedang memberi makan kucing-kucingnya. Oh Tuhan.. Sekarang mereka tiada lagi penjaga yang baik hati..” Larra menyambung tangisannya. “Mungkinkah ada kucingnya yang bertukar menjadi singa dan cuba mencederakan tuan mereka sendiri?” anggota keselamatan membuat telahan. Pernyataan dungu itu menimbulkan suasana yang tegang antara Larra dan anggota itu.   Larra merasa geram dengan kebodohan anggota itu membuat tekaan. Tidak pernah dia berjumpa dengan anggota sedungu itu. “Ente fikir kucing-kucing ini kucing jelmaan kah? Ente pergi dari sini. Daku tidak mahu lagi bercakap dengan dengan anggota bodoh seperti ente!” Larra menjerit ke arah anggota itu. Dia yang berbadan besar itu lantas...

Exile by Khadijah Hashim

Baru sahaja menghabiskan novel yang sangat menarik ini. Saya fikirkan karya yang tajuk asalnya dalam BM iaitu Di Ruang mu Aku Di Sini telah diterjemah dengan cemerlangnya oleh Adibah Amin Ini bukan novel baharu. Novel terjemahan ini sendiri bertarikh cetakan tahun 1995. Sudah lebih 10 tahun.. Hendak mencari gambarnya dalam google pun tidak ketemu. Menelusuri helaian mukasurat dalam novel ini umpama melayari sebuah percutian di United Kingdom selama 4 musim. Saya amat menggemari novel-novel yang terperinci sebegini. Setiap perincian tentang apa yang berlaku di sekitar watak diceritakan dengan jelas. Terbayang bayang bagaimana kosongnya jiwa Yahya pada awalnya dan padang rumput yang meluas. Tiada sebarang rujukan sebenarnya untuk membayangkan rumah ladang di Scotland. Tapi hanya teringat pada gambar PAdang Rumput Prairie di semasa di buku Geografi tingkatan 3. Yahya memang terasing di rantau orang walaupun hatinya milik keluarganya di Malaysia. Sarah seorang yang misteri dan berjiw...

Calon SUami dan Solat Jumaat

Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu. Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta’ala: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (9) (سورة الجمعة:9) Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah:9) Mengapa saya mengetengahkan isu ini kali ini?? Kerana saya amat kecewa baru2 ini apabila saya melihat ramai sekali lelaki Melayu yang dijamin agama mereka pastinya Islam kerana mereka tinggal di bumi ber...

Cuba lah tapi kau xkan dapat.

Saat kau baru sahaja keluar ke kota.. Kau cuba melangkah dengan penuh bergaya.. Dengan kasut baru mu.. Dengan beg baru mu yang di beli di kedai mewah.. Kau cuba menjadi orang kota.. Tapi kau tak akan berjaya.. Kemudian kau bersuara dengan nada orang kota.. Dengan kuat kau berkata-kata.. Mahukan semua mendengar suara.. Kau cuba sembunyikan nada desa mu.. Sekali lagi kau gagal.. Dalam cubaan menjadi orang kota. Bila malam menjelma.. Kau keluar bercanda bak orang gila.. Ke sana ke sinun kau bersuka ria.. Kau fikir orang kota ini banyak masa? Kau fikir orang kota selalu bergembira? Kau silap berkali-kali.. Dengan cuba menjadi orang kota.. Sudah! Sudah ku katakan.. Kau bukan orang kota.. Walau beribu kali kau cuba.. Silakan lah mencuba sejuta kali lagi.. Tetap lah kau pada mana asal usul mu..

Harta Karun Lezato [Part 7]

“Daku tahu dimana bilik suami Larra dibunuh.” Pemuda berkata separuh berbisik. Mata Rossa bulat dek pernyataan yang terlalu mengejutkan. Apakah yang cuba disampaikan oleh Pemuda kepadanya ini? Dia tahu siapa pembunuhnya? Biar betul. Pemuda menatap mata Rossa. Renungannya dalam sekali. Cuba untuk menyusun ayat seterusnya dengan paling baik agar Rossa tidak berasa bertambah pelik. “Daku tahu kerana semalam daku mengambil upah menghantar bunga ke bilik Larra. Jika benar tekaanku, bilik itu di dalam menara di sana..” Pemuda menunjuk ke arah salah satu satu menara yang berwarna merah terang. Mata Rossa memandang menara merah yang berada di timur kota. Hanya satu menara merah. Tidak syak lagi tentulah itu menara merah yang dikatakan si Pemuda. “Di sanalah Lezato dibunuh. Daku pasti..” si Pemuda berkata dengan yakin. Rossa terpaku. Apakah yang sedang difikirkan di benak si Pemuda? Mungkin dia tahu sesuatu. Jadi? “Jadi apa yang dikau mahu lakukan?” soal Rossa. Menanti jawapan daripada Si Pe...

Lelaki Baek..

Alhamdulillah.. baru je sampai dr Kuala Terengganu malam semalam dgn 'bas. bernombor MH1338. Buat pertama kalinya aku balik ke KL untuk beraya aidilfitri di sini. Ye la.. Sebab selama ni waktu raya kan amu mmg ada je kat KL.. so istilah pulang ke kampung tu tak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Tapi semalam aku memecah sejarah diari hidup aku dgn pulang beraya. Lebih menarik lagi bila aku balik dgn MAS Airlines. Memang sgt mengujakan! Ada sesuatu yang menarik dgn perjalanan aku semalam. Tiket aku bernombor 6F. di sebelahnya ada 6E.. dan sebelahnya lagi ada seat bernombor 6D. Masa aku cuba meletakkan hand luggage ku yg sebenarnya adalah beg troli ku berwarna pink, seorg lelaki memberitahu ku yg dialah pemilik seat 6D. Secara tak sengaja aku terbagi isyarat untuk meminta bantuan dia meletakkan beg aku di simpanan bahagian atas. Maka nya sebagai lelaki yg sepatutnya memang lebih kuat kudrat daripada perempuan, dia pun membantu ku. Okey. Itu satu episod. Sepanjang perjalanan sel...

Calling... Passenger AK5384..

Image
Ann Ting with one of her 45 kilos luggage.. Me.. Sitting on the bench.. It feels like I'm going for a vacation when I arrived at LCCT last Saturday to catch my flight to Kuala Terengganu... At that time my sorrow on leaving Kuala Lumpur flew away and the only thing in my mind are the beaches and the long roads in Terengganu. The 50 minutes flight doesn't affect my stomach plus I get the chance to sit beside the clouds.. The window I mean.. But this was the second time I've been near to clouds and the very bright blue sky. Kuala Terengganu's sky look a bit dark.. Seems like its cried just before our flight landed. Somehow I felt so grateful to get here in 1 piece.. Alhamdulillah.. The stairs to the fly.. Our 100 kilos luggage.. Haha.. Since my last flight from Miri to Kuala Lumpur.. during my PKN days.. this was my 3rd time on board. Air Asia give me another round of experience compared to MAS. Of course comparing the price will give us another picture instead....

Una Malaysia

~Genggaman tanganmu, semangatku terus membara...janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan~ Lirik yang dipetik dari lagu yg sangat menyeronokkan ini. Boleh dengar kat sini.. (dengar FT-Malaysia1) . Kalau nak download boleh kat sini (muat turun FT-Malaysia1) Juga beberapa lagi lagu sempena gagasan Datuk Najib. Tekan kat sini-->>> (Satu Malaysia) Lagu Faizal Tahir ini baru ku dengari petang tadi dalam perjalanan dari UPM ke Kampung Puah... Bila pertama kali daku mendengar.. teros rasa cam lagu sangat sesuai untuk menang dan di pilih jadi lagu favourite rakyat Malaysia.. Ok2.. bukan sbb bias kerana daku peminat FT aka Faizal Tahir.. haha.. Tapi rakyat kita memang perlu kan lagu untuk menaik kan semangat mengenai sesuatu. Maal Hijrah ade lagu.. Hari Raya ade lagu.. Raya Cina ade lagu.. Merdeka ade lagu.. New year ade lagu.. Sekolah.. Universiti.. Mengaji Quran.. Rancangan memasak.. Pendek kata hampir kesemua occasion dan juga mana2 pertubuhan pn mesti ade lagu. ...